Sunday, December 26, 2010

Harith oh Harith..!

Mummy, Pak Long, Harith & Nenek pergi ke Jusco untuk beli selipar Harith yang dah menganga depannya.. Lagipon keesokan harinya Mummy n Pak Long nak bawa Harith jalan2... Hari tu Mummy pon rasa seronok sebab Mummy boleh tumpang sekali beli sandal untuk di pakai ke pejabat.. (Apalah Mummy ni.. pergi pejabat pakai sandal jer?!!)

Harith : Mummy, kita nak gi ana?
Mummy : Cari kasut Harith lah....
Harith : Hayish (dia bahasa kan diri dia..) nak kasut Menten...
Pak Long : Kasut apa Harith?
Harith : Menten...Mana meyah
(Mummy n Nenek ketawa pecah perut dah...)
Pak Long : Harith cakap apa nih?
Harith : Kasut menten mana meyah ah..
Pak Long : Kasut apa?
Harith : Malas ah cakap. Pak Long ni membebel jer....(Buat muka merajuk...)
Mummy : Harith cakap, nak kasut Ben-10 warna merah....... (sambil ketawa kan Pak Long..)

Sekali tu tetiba Harith menyampuk cakap ..."Tu pun x tau ker?!!.....)


Hahahahahahahahaa.. Kesian Harith... Dia ni nakal tapi sensitif... Cerdik tapi pelat... Ntah bila lah nak cakap betul....Selalu dia terasa bila orang ketawakan dia sebab dia cakap pelat...

Dah masuk dalam Jusco kat Kids Dept...

Mummy : Cepat pilih Harith...
Sambil pegang pipi Harith pergi kat susunan kasut dan betul...dia pilih warna merah... HAhahahaaa.. tapi bukan kasut "menten" tapi kasut pompuan... HAhahahahahahahahaaa...

Pak Long : Tu kasut pompuan lah .. Cari lah yang lain..

Dengan muka masam dia gi cari yang lain. Sekali tu Nenek datang bawak selipar kat dia..
Nenek : Ni Ris... Cantik ni.. amik yg ni je ah..
Harith amil selipar tu, belek2..pastu dia cakap..
Harith : Muah ah nek..Tak ebat.. Hayish x suka..hayish nak len ah....(Murah lah Nek, x hebat, Harith x suka, Harith nak yang lain..)

(Cam biasa Pak Long akan kerut dahi lebih nak pahamkan cakap si Harith ni.. Mummy pulak jadi translator....)

Memilih pulak tu budak Harith ni... Yang murah tak nak.. Try dah banyak dah, tapi satu pon dia tak berkenan.....Cari punya cari..dapat satu selipar Crocs.. tapi dia x berpuas hati. Dia amik jugak sebab dah kena marah dengan Nenek... Kelaur dari Kids Dept tu, Mummy punya turn lah pulak cari sandal.. Masuk dalam kedai BATA tu, ada seorang budak perempuan... Usha dia.. Mummy tengah sibuk memilih dengan Nenek.. Pak Long ni gi sakat dia..

Pak Long : Ris, budak pompuan tu tengok Harith ah....
Harith : Mana?
Pak Long : Tu yang pakai baju biru tuh.. Dia suka Harith tu...
Harith : Menada.. tak tantik.. hayish tanak..... (Mana ada, tak cantik, Harith x nak..)
(Pelik..sebab kali ni Pak Long paham pulak...hahahahahahahh)

Budak-budak pon tau ek.. nak yang cantik jer.. Frankly speaking, buak tu memnag x berapa nak comel lah... But not that bad... (Apa?!!! Aku tak mengutuk lah.....) Pls.. dont get me wrong.. :)

Masa Mummy tengah tunggu sandal dia untuk di try.. Mummy pon pusing-pusing lah dalam kedai BATA tu, sekali Mummy ternampak sandal cantik untuk Harith... Mummy pon panggil lah dia... Dengan cekak pinggang dia datang...

Harith : Mummy nak pe?
Mummy : Ni ha, cuba try ni.. Cantik kan?
Harith : (Geleng-geleng kepala dan berkata...) Tak abis-abis pompuan ni.. Bili kasut tak sudah-sudah...

Hampeh punya budak!! Mummy yang kena!! Ok, masa tu Harith dapat satu luku penuh kasih sayang kat kepala.. Heheheheeheeee..... Tapi semua gembira sebab Mummy dapat sandal dia dan Harith dapat 2 pasang selipar.....

Wednesday, December 22, 2010

ENTRY SEORANG YANG TENSEN II.. ( x paham2 lagi ke yang aku memang perlu bercuti?!!!)

Aku masih dalam emosi entry yang sebelum ni.. (mendokan kematian orang..)(jahat ek aku nih...x kesah...!!) Aku ingat kan dah nak sampai dah penghujung episod-episod drama swasta ni, rupanya ada lagi babak-babak menrik yang disambung.. Wah, jadi sinetron dah ni.. Mau jadi sampai 300 episod kalau cenggini... Wow!!!

Mood aku juga asik x menentu sejak akhir-akhir ni... Aku hilang selera makan, asik nak tidur dan juga aku cepat pening bila tengok kertas banyak atas meja aku. ( Pening sebab x makan lah agaknya..) Dan aku bloating sebab selalu miss soru pada waktu yang sepatutnya.. Gastrik punya hal... (tapi kan yang peliknya ialah, kenapa keadaan ini x membantu aku jadi KURUS... hehehehheee.... :) *wink*)

Mak mertua masih di rumah, dan aku jadi kesian sebab dia jadi penunggu di rumah yang berpenghuni tu.. Kalau mak aku lain lah, dia boring je, dia call supir x bergaji dia hantar dia ke mana aje dia nak pergi...Kesian juga dengan si Harith yang kebosanan sebab neneknya tak kasi keluar rumah, dan dia hanya main dalam rumah dengan nenek yang kadang-kadang malas melayannya.. nasib baik lah Harith juga seorang yang kuat tido!!.. Hahahhaaaaa... jadi nenek nya juga jadi lah orang kuat tido bila duduk di rumah aku..  (Rumah aku ada puaka hantu tido...keh...keh..keh..keh....!!)

Adoiyai...mata ngantuk gila nih.. Mak kiah x dek.. bebudak attachment tu dah ke Lit. Dept.... menganga je lah aku hari nih.. Kerja x habis lagi nih... Tapi aku dah melilau ke sini .. Mata berat gila... Pepagi setan ni nak menyetankan aku... Astaghfirullah....!!!!

Gi amik wuduk ah.. biar sejuk sikit aku rasa.......

Monday, December 20, 2010

ENTRY SEORANG YANG TENSEN! [KOMEN ! KOMEN!!!]

Ok, aku ada satu persoalan yang aku x dapat jawapannya.. Untuk korang-korang yang tau jawapannya, boleh tak tolong bagi aku jawapan...

Soklan aku adalah :- " BERDOSA TAK KALAU DOAKAN ORANG SUPAYA CEPAT MATI?"
Ok, sebab aku tanya soklan ni adalah :-
a) orang ni adalah sangat jahat...
b) orang ni suka sangat menyusahkan orang..
c) orang ni boleh menyebabkan keadaan jadi lebih rumit.
d) asik nak cari kesalahan orang
e) pentingkan diri sendiri
f) bila orang ni buat pasal, semua orang akan terkena tempias pasal nya..
g) orang ni memang mcm lais!!!
h) orang ni memang menjengkelkan..
i)......dan semua benda yang buruk + jahat + busuk dan yg sewaktu dengannya ada pada orang ni..

so, boleh lah kan kalau kita bagi dia mati je supaya x de orang-orang yg macam ni yang boleh mengganggu gugat kehidupan orang lain..... (^o^).....

Ok, aku tau entry ni adalah hampeh.. tapi ada aku kesah?!!! Korang tolong bagi jawapan kat aku...

Mr. Suami cakap " tak baik lah......doakan jelah dia jadi baik...." Tapi aku x boleh blah dengan ckp En. Suami tu.. betol memang betol, tapi boleh ker?

Memang lah kita lebih elok mendoakan kebaikan , tapi aku rasa lah mendoakan supaya dia cepat mati agar dia x buat salah dan tambah dosa lagi pon baik kan?!!!!!

........................ erm.... (masih berpikir semula....) Ok, saya tetap nak doakan kematiannya kalau berbuat begitu adalah x salah!!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa Saya Harus Dapat Percutian.. .

Perkara-perkara yang menggembirakan aku minggu ini :-

1. Mak datang dengan Adek.. (Yeay!)
2. Mak MERTUA juga ada di sini... di bawa En. Suami... :) (Gembira yang ikhlas ..ok!)
3. Adik beradik almost semua ada di rumah..
4. Ada Haris yang nakal!
5. Bapak akan menyusul!
6. Lepas dah satu azab.... ALHAMDULILLAH!!

Perkara-perkara yang x berapa best:-

1. Bob & Bai x de je bila kitorang berkumpul!
2. Hatiku telah dilukai.... :(
3. Tak jadi honeymoon bersama En. Suami.... (dabel sedih!!!)
4. Nak ikut mak ke Singapore..tp x boleh....!!!
5. Rindu Nia & Along
6. Raket badminton aku x berganti tali lagi..!! ( Sibuk ajak aku main badminton ..tapi hampeh!)
7. Lately ni appetite x de...
8. Kerja banyak, dan aku selalu pengsan bila balik rumah..!!! Then kesian En. Suami kena beli makanan untuk yang lain2 kat rumah... (siyes banyak keje sampai x sedar dh sampai waktu nak balik..)
9. Adik malas tolong aku buat kerja rumah!!!


Arghhh.. Cane ni? Yang x best lagi banyak nih....! Patotlah aku TENSION!!!!! I am seriously need a VACATION...Bukti dah cukup jelas kan?!!! Zetty and Aidah, andalah harapan saya !! Tolong sampaikan hasrat saya untuk bercuti kepada MR. TAT...hehehehe.. mekacih!!!!

Thursday, December 2, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Aku jumpa artikel ni dr page Siti Zainab... menarik.. jom baca...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s : Walaupun aku bukanlah macam gadis ayu yang diperihalkan dalam artikel di atas, tapi memang betul.. Sebelum nak kawin dulu, mak mertua aku pernah tanya, pandai masak ke tak.. Even lepas kenduri , balik rumah dia, dia dah soh aku masak !!! Aku x ah tere, tapi lepas lah ujian.. HUuuhuhuuu.. Lepas ni nak soh mak aku buat test kat bakal menantu pompuan, dan soh jadi imam kat bakal2 menantu lelaki dia.. hahahahhaaaa

Korang, apalagi, gilah test pasangan korang masing-masing.. (Yang dah kawen x yah yer... ) 

Tuesday, November 30, 2010

SESI MENENANGKAN DIRI SENDIRI

Ish... bila dah berseronok di hujung minggu.. memang mustahil lah akan "GEMBIRA" bila masuk ofis semula untuk bekerja.. Kecualilah memang anda suka kerja yang anda lakukan.. Tapi aku bet lah.. memang tak de sapa yang suka "BEKERJA" bila dah stress walaupun  kerja "YANG KITA SUKA".....kan?!!!!

Ok, jangan salah paham, aku tak akan kaitkan dengan MLM.. selalunya ayat pembuka nak kenalkan MLM cenggitu kan? Tapi kadang-kadang ada betulnya juga... Ye lah kan.. Oang-orang tu nak menunjukkan betapa mereka dapat buat duit dengan MLM... Heheheheheee... Tapi, sekali lagi ditegaskan bukan pasal MLM yang aku nak cerita... (korang, aku tak anti MLM pon tak sokong sangat jugak... and aku tak lah teruk sgt cam Aidid-ntah -hapa- nama tu.......hehehehehehe)

Ni nak kongsi kemalasan aku nak buat kerja. Actually i have to finish filling UPE form for my HAMPEH client... Letih nak pikir dan membuatnya.. Kalau semua butiran memnag dah diberikan senang lah sikit nak buat.. Nak cakp lebih kang depa nagdu dengan bos.. Cane? Haih... Tu yang aku alihkan angin aku dengan membuat entry baru.. Senang sikit.. Hehheheheeee...At least boleh tenangkan diri aku sendiri..

Dua hari lepas baru balik dari Family Day ofis En. Husband... Ok lah.. walaupun tempat tu x berapa nak interesting sangat. Makan ok lah..bilik ok.. dan orang-orang yang datang pon ok.. Alhamdulillah.. ramai kengkawan aku dah skang ni.. Masa kat sana aku memang rilex.. Walaupun ada gak terpikir-pikir hal-hal dan masalah-masalah yang tengah aku hadapai skang ni.. (tu yg ada entry pasal SABAR tu.. hohohohoh... :)).. ) Yelah dengan environment yang hepi tu membantu lah jugak...

Cuma tak puas hati sebab aku tak dapat mandi.. ni semua Mr. Husband lah punya pasal lah.. memula kata nak main bola tampar jer.. Tak nak mandi-mandi sebab air kotor.. So, aku pon tinggalkan lah tuala dan baju salin yang aku nak bawak tu.. Sekali tu bila dia dah puas main volley ball and dah berpeluh.. Dia nak terjun je dalam air tu.. Jahat!!! Dah la x bagi aku join sebab dia kata nanti keta basah.. Mencik!!! Maka aku cuma jadi pemerhati kepada keseronokan dia sahaja.. Nasib bek ada Faz, Yan , Ross & Ina (kalau x silap aku lah... ) the pregnant lady.. hilang lah jugak kebosanan aku.. But still seronok sebab dapat berposing dekat pool tu.. Mekacih korang.... (>_<)... yeay..!! Tapi depa ni tak tag aku lagi.....

Tapi sedey sebab Along & Nia takde.. Kalau diorang ada barulah aku tak boring... But surprisingly En. Husband pon rasa benda yang sama dengan aku... Wahhhh!!!! Tu lah kan.. kalau pergi tempat-tempat berseronok ni, best sangat kalau ada budak-budak.. Tapi kitorang belum sampai lagi rezeki anak tu.. Cane kan... Ok! Chaiyok Indot!!!!! (teringat pulak lawak Kak Fiza pasal berlaga tadi... hahahahahahah!!!) Korang nak tau lawak tu ker? Lain kalilah.. Hahahaha.. :)

Ok... kena sambung balik buat kerja, kalau tak schedule kerja aku larik sampai aku tak terkejar kang... Dah lah aku berat bawak muatan lemak lebih... Huhuhuuuu (nasib baik x de saman untuk muatan lemak lebih.. hihihiiii) Konfirm tak terkejar nanti... Dan natijahnya nanti aku x boleh nak apply cuti untuk aku honeymoon.. ..

"Ok , INDOT , buat kerja balik yer.. jangan lupa baca Bismillah sebelum start buat kerja supaya lebih berkat dan x tergoda dengan bisikan SYAITAN.....!" ~~ Jawab kepada diri sendiri.. "BAIK LAH!!!!" (dengan penuh semangat dan senyuman....)

sememeh kan muka aku?!!

Monday, November 29, 2010

S.A.B.A.R

"Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

 Sabar itu adalah satu sifat manusia. Sabar itu mengandungi pelbagai pengertian dan makna. Kalau kita tengok balik semua perkara memerlukan dan menuntut kesabaran. Dalam apa jua perbuatan kita semua nya ada kaitan dengan sabar.

Contohnya, aku nak buat entry ni pun aku kena sabar sebab kalau aku main boh je, takut jadi melalut entry aku kan? Nak on laptop Mr. Hubby ni pon kena sabar yang banyak sebab menggunakan harta Mr. Hubby perlu berhati-hati... *Haih!* Memang lah hidup kita ni sentiasa butuhkan sabar ..(ewahhhh!!)


Selalu nya bila kita ada masalah orang akan soh kita bersabar banyak-banyak.. Kenapa? Sebab itu je ke yang diorang boleh cakap kat kita bila kita tengah susah, resah, gelabah, tak tenteram?!Mungkin ramai yang tak tahu, atau ramai yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu... Bila kita sabar kita dapat tenangkan diri.. Bila kita sabar, kita dapat berfikir dengan betul, dan bila kita sabar kita akan dapat ganjaran dan kemanisan dari Tuhan.


Aku baru baca tadi masa aku tengah sibuk google something satu artikel pasal sabar. Sabar tu ada 5 jenis. (ada yang kata 4 jenis jer...). 

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda. Zaman la ni , perang x de lah kot. Sabar atas bencana kehilangan jiwa zaman dulu sekurang-kurangnya x lah menyedihkan sangat sebab dulu ramai mati sebab berperang. Sekarang ni kehilangan jiwa a.k. a mati lebih banyak sebab merempit, bunuh orang suka hati dan ragut. Agaknya macam manalah keluarga mangsa tu BERSABAR menanggung bencana tu kan?!!! Masya-Allah..



Rasanya juga berperasaan sedih tu termasuk dalam jenis sabar yang ini. tak kiralah sedih sebab apa. (sedih yang x berkaitan dengan yang dah disebutkan di atas....) Selagi perlu bersabar.. (Yes INDOT.. terus sabar!!!!)

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.


Macam mana nak elakkan rasa marah? Dengan sabar dan tambahkan kesabaran. Pernah tanya tak kalau x boleh tahan marah macam mana? Aku tak jumpa jawapan lagi untuk soklan tu.. Try gak google tapi blom jumpa. Rasanya nak kena cari kat kedai buku lah..... Tapi kalau orang suka buat kita marah? Orang yang suka naikkan marah kita cam ner? Kita tak cukup sabar or kita tak cukup beriman?

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.


Sabar yang ke-5 ni sabar yang paling susah untuk aku.. hehehheheeee.. (yang lain bukan ah senang.. huhuhuhu) Aku pasti kelima-lima ni semua adalah berkaitan. Sebab kalau kita boleh hadapi dugaan dan bencana yang no. 1 tu dengan rasa sabar, insya-Allah kita boleh juga tempuh dugaan dan halangan berdakwah ke jalan Allah. Kita perlu sentiasa sabar dan tambahkan kesabaran....Sebab bila kita belajar bersabar banyak manfaat yang kita dapat.. Lagipon manusia zaman sekarang ni yang diberi pelbagai dugaan dan cobaan tergolong dari tiga golongan :-


1. Golongan yang redha dan sentiasa tenang hadapai ujian. Dimana ganjaran bagi golongan ini adalah diangkat darjat mereka.


2. Golongan yang gelisah tetapi tidak membantah. Ganjaran bagi mereka ini adalah dihapuskan dosa.


3. Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Ganjaran mereka adalah kemurkaan dan blasan yang buruk.


So, dah nampak kan kalau kita sabar apa ganjarannya. Jom kita ramai-ramai belajar bersabar terus dan tingkat kan kesabaran.


 "Ya Allah kurniakan kami kesabaran dalam mengerjakan amal ibadat mentaati-Mu! Amiin."



Friday, November 26, 2010

Cerita buat Aidah Kasri dan Zetty Chomel...

Entry kali ni adalah entry penyelesaian hutang aku kepada Cik Aidah dan juga Cik Zetty ... hehehehe... (Maaf ye korang.. akak terlupa....)

Aku teringat sebab seminggu mak kat sini aku asik nampak KUIH TAT. (Isk.. sedey... mak sudah balik ke kampung pagi tadi...) Mak sampai sini hari Jumaat minggu lepas. Sabtu tu dia dah sibuk tanya aku ada tak kuih tat yang sedap jual kat Petronas dekat dengan rumah aku tu... Haih.... Actually, raya lepas mak dah soh beli tat yang sedap.. Tapi dek kerana Mr. Hubby dah "belenger" (hehehehehehe) dan ala-ala fobia dengan kuih tat, maka aku pon tak lah beli kuih tat yang sedap.. (cian korang kan.. akak x beli kuih tat korang.....) lagipon sebelum balik kg untuk raya hari tuh, memang x de dah stock kuih tat kat Petronas tu....

Korang, cerita pasal kuih tat adalah begini.. (aku dah gelak dulu dah.......) Few years back, ada sorang kakak kat ofis ni jual kuih raya. Kuih paling laris adalah tat gulung... memang sedap lah...dah rasa tat dia memang x kan rasa nyaman bila rasa kuih tat yang lain. Masa tu, Mr. Hubby pon ckp sedap. Aku beli sebotol (50 biji) pon x cukup lah untuk kita 2 orang... Sebab lepas semayang terawih memang nak makan kuih tu.. Addicted jadinya.... So next year aku beli lagi dan thn seterusnya, aku beli 300 biji.. 100 mak aku, 100 mak mertua aku, 100 lagi untuk kitorang dan tetamu yang akan datang rumah....

Masa tu, kat rumah kitorang cuma ada 3 jenis kuih jer.. termasuk tat tu lah.. dan juga kerepek yang telah dirembat dari rumah mak aku dan mak mertua aku... Kengkawan saya yang datang beraya boleh dikira, kawan Mr. Hubby langsung tak de yang datang... hohohohooooo... Bila ada makan-makan hari raya kat ofis aku, semua ofismate x mahu makan kuih tat itu.. Sebab depa pon beli jugak... Cuma bebudak despatch yang pelahap je lah yang tolong habiskan.... So, yang sebotol kat rumah aku tu, yang baru luak sikit tu dok elok dalam almari... Dari sehari ke sehari sampailah raya habis.... (Masa tu aku dah muak dah dengan tat....)

Oleh kerana Mr. Hubby adalah seorang yang sangat baik, lepas lebih kurang 2 minggu bebel kan aku sebab beli banyak sangat, dia pon makan lah sebiji tat sehari sebagai sarapan pagi sampailah kuih tat tu habis.... Korang boleh bayang kan tak? Kalau aku, aku dah muntah dah.. Hari-hari masa dia amik kuih tat tu dia akan tanya aku, " Nak tak?"... hahahahhahahaaa... Memang tak lah kan.. !!!! Nak dijadikan cerita, masa tu kakak angkat aku pon baru belajar buat kuih tat dengan mak dia and dia bagi aku sebotol... Aku dah nak terjeluak dah nengok tat.... tapi aku tetap senyum.. sebagi sokongan aku kepada dia atas usaha cemerlang dia belajar buat kuih raya....... Lepas Mr. Hubby dapat tau, dia tepuk dahi dan cakap, "Lelama muka abang pon macam tat...".. Hihihihiiii......

Hari last penyeksaan Mr. Hubby makan tat (hehehehehehe) dia siap-siap bagi warning kat aku dah... NO MORE TART FOR RAYA AFTER THIS.. FOREVER..... Aku cuma bagi senyuman paling chomel buat dia.. dengan harapan dia tak berdendam dengan aku sebab dia yang kena habiskan tat tu.. Kah..kah...kah..kah..kah... (Jahat je kan.. tak derhaka kat suami kan?!!!!) Serius...masa ni aku bayangkan Mr. Hubby masukkan tat dalam mulut, kunyah dan telan sehingga meleleh air mata dia sebab berjaya habiskan tat yang terakhir....... Hahahaaaaa...

Dan kerana itulah selepas itu aku and Mr. Hubby adalah allergic dengan kuih tat. Kalau gi beraya, ternampak kuih tat dulu memang terbantut lah selera... Tahun ni rumah kitorang x de kuih raya pon... Nasib baik En. Rashdan bagi satu,, Tengkiu Rash.. hehhehehehehe... Macam biasa, yang lain kutip2 kuih yang sedap sahaja dari rumah mak & mak mertua...

Tapi kan korang, lepas mak bagi rasa kuih tat yang sedap dia beli kat Petronas tu, aku ada nampak macam Mr. Hubby makan lagi selepas itu... Dia dah tak belenger ker?!!! Kalau yer, mungkin korang boleh paksa dia beli kuih tat korang tahun depan...  Horayyyy!! (Komisen gua jgn lupa deh!!)

By the way, aku rasa kuih tat Petronas tu memang sedap lah kot, sebab mak makan banyak giler!!!! Siap kol orang yang buat tat tu.... Ayat mak " Tat awak sedap sangat! Banyak dah saya makan... Habis je beli lagi..." .. Hihihii... Lawak lah mak ni.. (Isk..isk..isk... sedey sbb balik rumah lepas ni mak dah tak de.. baik kampung dah.........huhuhuuuu)...


Alhamdulillah... hutang gua dah langsai..... :)

Thursday, November 25, 2010

Cerita Hari Jadi

Hari ni hari jadi Adek.. Yang bontrot.. hehehehheee... (tau ka apa tuh?) .. Malam tadi sementara nak tunggu jam sampai kul 12 am.. aku dok lepak-lepak depan tv ngan mak ngan si Adek sekali.. Kitorang nak gomol Adek bila dah kul 12 tuh...

Lepas jarum tu lepas je kat no 12, aku pon menyumbang kan lagu besday untuk adik.. Rupanya mak terlupa besday dia... Sekali mak sebut jer ..."Eh..a'ah lah besday Adek...". Adek pon terus menyeringai manja .. suka..! Hish.. Rasa cam nak pijak jer....!! (pijak dengan rasa kasih sayang yer...) Hehheeeee.. lepas tu memang adik kena gomol cukup2 dengan aku and Adik.. (Ni Adik saya yg merupakan kakak Adek..) huhuhuuuuu...

Lepas mak dah jerit soh berenti kacau Adek, kitorang dok borak-borak jelah.. sekali tu mak bukak cerita dolu-dolu... Hahahhaaa... Dulu kitorang memang susah.. masa tu aku kecik lagi.. Mak cakap masa tu gaji bapak x berapa sangat... Korang bayangkan lah.. masa bapak kawen dengan mak, gaji bapak ialah RM300.00 jer... Sampai masa mak lahirkan aku, gaji bapak masih di tahap yang sesak2 je untuk tampong kehidupan kitorang...

Mak cerita lagi, masa tu memang bajet sangat ah kalau berbelanja.. Kitorang memang tak pernah ada peruntukan untuk beli kek harijadi or untuk bersuka-suki... Tapi masa tu aku ngan adik beradik lain yang dah ada masa tu x pernah mintak2 sebab kitorang x didedahkan tentang hal-hal itu.. Satu hari, ada kengkawan mak or bapak (x ingatlah..) ajak kitorang satu family datang rumah diorang untuk majlis harijadi.. Ada belon2..ada kek...kira meriah lah.. Masa tu aku dalam 4 or 5 tahun kot... Memnag lah seronok.. tengok orang potong kek, ada orang nyanyi2... Sekali lepas balik dari majlis tu aku terus cakap kat mak aku, " Mak, nanti kalau harijadi Indot, mak buatkan bubur kacang eh.. nanti boleh panggil kengkawan datang..." .. Menitik air mata mak aku masa tu..... Ye.. dan masa dia cerita pon dia menangis lepas repeat balik dialog aku tuh.....

Aku pon rasa sebak, tapi lebih rasa kelakar lah... Sebab aku rasa masa tu yang aku tahu bubur kacang adalah makanan yang paling sedap kot.. Mungkin itu juga juadah yang mak aku selalu buat bila orang ramai2 datang rumah aku.. Heheheheeeee.....

Tapi itu entah berapa tahun dulu.. Masa betul2 susah dulu.. Aku bersyukur sebab walaupun aku nakal aku x susah kan mak aku mintak buatkan birthday party untuk aku.. Hahahahaaaaaa... Dan Adek lah orang yang paling bertuah sebab dia x pernah rasa susah.. Aku rasa semua orang nak menggembirakan dia.. Yelah..Adek kan...

Tahun lepas kitorang celebrate besday Adek kat Pizza Hut.. Memang seronok.. Masa tu Abang ngan Bai je x de.. Kali ni x tau lah nak celebrate camne.. bapak kat kampung... Sapit n wife x de jugak...  Mungkin malam ni makan2 saja.. Tapi x seronok sangat sebab x cukup berkumpul....*Haih...* Tapi x kesah lah.. Malam ni nak makan lasagna kat Secret Receipe jugak!!!!  Xkira!!! mengidam dah lama sangat nih!

Ermm.. semoga Adek dipanjang kan umur, dimurahkan rezki, jadi anak yang soleh dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dan mendapatkan kebahgian dan rahmat Allah sentiasa.. Ameen..... (kalau eja AMIN nanti dia menyaut.. hehehehhehee)

Ye.. nilah anak bontrot Pn. Asmah & En. Solikin.. mengada kan?!!!

Adek saya yang kacak!!! Nilah besday boy hari nih...

Friday, November 12, 2010

Ada aku kesah?

Tak paham dengan orang yang suka nak menyibuk pasal orang lain.. Suka hati lah nak terlangkup ker, nak terbalik ker, ko tu dah lah tak de kena mengena dengan orang yang kau kata. Kenal pon tidak, sibuk nak memburukkan orang tu.. Kau ingat kau dengan keluarga kau baik sangat? Kau tak sedar ke perbuatan kau tu sama je dah dengan orang yang kau tak suka tu...

Agak2 lah bila nak buka mulut mengata orang.. x sedar diri... Dah tu nak kaitkan aku sekali.. Ingat lah , skang ni Tuhan bayar balik cash tau.. Dari kau sibuk stalker orang, lebih baik ko bertaubat.. Tak payah susah 2 nak tau apa orang lain buat.. Apa yang diorg buat pon x de kena mengena langsung dengan korang, sebesar kuman pon x de.. So jangan lah jadi busy body...

Apahal aku marah ? Aku marah sebab ko apahal marah aku x nak layan ko mengata org2 lain.... Kalau aku malas nak layan, jangan lah paksa aku... Tau plak takot.. Nak buat jahat ajak kawan.. Tapi silap orang lah.. Dulu sebab kau jugak lah aku gadoh dgn org yang aku x kenal.. Semua sebab dengar cakap kau lah.. Skang ni maaf lah, aku dah x kuasa nk join  perbuatan keji kau ni

Kalau apa yang aku tulis ni pon x boleh sedarkan kau.. Maka kau bawak lah haluan kau sendiri... Sebagai "KAWAN" kau, aku ada tanggungjawab nak tegur ko, tapi terpulanglah kalau kau nak ikut atau tak...

Lagipon ada aku kesah kalau kau nak mengata aku sekali? Tak luak..sebab lemak aku banyak... Tak lut dan tak tembus.... Pegi mati....!!!!

Aku pon Fed-Up cam Amat & Adik....

1. Aku rasa macam semua orang adalah bermasalah sejak 2-menjak ni.. Sampaikan aku pon rasa cam lembik dek terkena aura masalah ni. (Heheheheee... alasan je kan...?!!!) Aku rasa aku tak lah menghadapi masalah apep pon.. Setakat masalah kerja tu biasalah.. Tempat kerja ada ke yang takde masalah.. Baru lepas tengok Amat nye blog, cerita pasal masalah dia... Tu kan, .. semua orang kat tempat kerja memang ada masalah. Cuma masalah nya berbeza...

2. Ok, skang ni aku nak cerita masalah.. (Yer.. di sini adalah tempat meluahkan masalah dan perasaan meroyan yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata yang keluar dari mulut....!!) Masalah aku bermula dengan orang yang suka timbulkan masalah kepada orang lain. Aku selalu pikir, kenapa orang suka timbulkan masalah? Macam- macam jawapan yang aku ada tapi aku tak pasti samada jawapan aku tu tepat atau pon tak.. Korang tau ker? Cuba habaq mai kat aku.... Aku tak tau lah apa yang bestnya bagi masalah kat orang.. Ker sebab orang yg buat masalah tu dah banyak sangat masalah dalam hidup dia, jadi dia nak orang lain pon bermasalah cam dia... Boleh plak cam tu yer... Haih!...

3. Orang yang suka sangat perasan pon bermasalah jugak bagi aku. Lagi pulak tu, perasan benda yang tak de kaitan langsung dengan dia.. Contoh di sini, selalu rasa aku ni mengata dia... Bila aku buat, cakap or post something (kat FBlah...) dia selalu rasa aku mengata dia... Selalunya lah orang yang ada masalah ni memang banyak buat salah... Ni kira jenis yang kaki jaja cerita dan suka cakap bohong. Ye lah kan dah cerita benda-benda buruk pasal aku, sekali tu bila terdengar / ternampak aku buat something yang ada kena mengena dengan cerita rekaan dia, dah terasa aku ni mengata dia.. Sepatutnya kalau tak buat salah or buat cerita tak yah nak terasa sangt lah kan.. Diorang ni ingat aku ni x de keje lain ke nak ngumpat pasal dia jer... Manusia...Manusia.... Tapi tu lah bodohnya orang macam ni diorang mengantoikan diri sendiri... Elok2 aku tak tau yang dia menjaja cerita pasal aku, bila dia maraj tak tentu pasal, aku jadi tau.. Dah jadi masalah kat aku pulak sebab aku pon jadi terpikir, apa yang dia dengki sangat dengan aku... Padahal tak de apa2 yang menarik kat aku untuk dicemburui... Apatah lagi nak di compare kan dengan orang lain... (Skang timbul masalah baru untuk aku nak pikir apa yang best pasal aku sampai orang cemburu... hehehheheheheeee....)

4. Masalah aku yang satu ni adalah masalah yang dah lama.. Satu-satunya masalah yang aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata atau luahan meroyan aku kat sini. Masalah ni hanya aku dan Tuhan yang tahu. Dan untuk masalah yang satu ni aku akan terus berusaha dan cari jalan sampai aku dapat selesaikannya. Sekarang ni aku tak rasa apa yang aku dapat tahu adalah jawapan kepada persoalan aku tentang punca masalah yang satu ni. Aku berdoa semoga Tuhan sentiasa bantu aku menyelesaikan masalah ni dan permudahkan aku untuk menyetelkannya.. Juga memberi aku ketabahan jiwa dan minda serta kesabaran yang tinggi.. Insya-Allah.

5. Sekrang ni masalahnya ialah aku dah malas nak sambung cerita.. Heheheee... Aku ada banyak benda nak share, tapi kengkangan masa dan iltizam aku (hehehehee..main belasah jer...) buat banyak cerita menarik tak dapat nak diabadikan di sini... (Ni memang masalah serius bila masalahnya ialah MALAS....)

6. Walaupun aku tak mem'bitching" cam Adik, tapi aku pon rasa cam dia skang ni sebab aku terbeban... Tapi aku xlah teruk cam Adik.. huhuhuhuu.. ( Yes, dia adalah sangat teruk....kah kah kah kah...)..... Cian Adik....

Ok la.. sebelum saya di timpa masalah satu lagi iaitu dimarahi En. Suami kerana masih berada di depan laptop ni, eloklah saya berundur diri..... Lagipon kangen ku masih belum habis sama dia... hehehhehehe.... (*~*)

Monday, October 18, 2010

Pending POst....

Akhirnya dapat jugak peluang lagi nk buat sesi luahan perasan syok sendiri dalam blog ni.. Dari naik cuti raya hari tu , x menyempat nak buat. Semalam pon baru dapat upload gambar-gambar yang sepatutnya dah lama di upload.. Setengahnya tu dah basi sebab orang lain yang sekali amik gambar waktu kejadian2 berlaku dah uploada lama dah..... Nak buat camne kan, dah x sempat..

Luahan pertama :- ialah tentang rumah aku ni...

1. Cerita pasal langsir memang x abis lagi. Akhirnya beraya dengan langsir tu jugak. Masa open house aku hari tu mak dah siap tanya aku bila nak pulang langsir dia tu ? (Langsir yang ada skang ni lah...) Baik punya soklan mak aku kan...? Nasib baik lah aku pon pandai jawab soklan dia tuh... dan akhirnya dia setuju untuk lanjutkan tempoph pinjaman..(semestinya tanpa interest.. heheheheheh)

2.siling rumah yang berlobang tuh, ntah bila nk bertutup... Sepatutnya masa raya dah siap pasang yang baru... Tapi kerana salah faham tuan rumah dengan orang yg pasang tu, teruslah berlobang siling aku tuh... Dah bagitau banyak kali, dah diingatkan, pon x beres2 jugak.... Bukan la aku tak paham pasal kesibukan tuan rumah tu, tapi tuan rumah kenalah amik tau jugak keselesaan penyewa ni kan... Tak kan ah nak biarkan aje berlubang siling tu.. Hari2 sampah masuk! Masa open hse tu semua nmpak lah siling yg bolong tuh...!!!

3. Perhiasan dan perkakas dalam rumah pon satu hal... Aku ni sebenarnya teringin nak makeover ruang tamu tu. Tapi x de geng nak buat... Melet dah lah busy dengan aktiviti nya, En. Suami plak asik lah kata "nanti lah...." , "ok dah lah ni susunan nya..." meluat..!!  Kalau lah mak ada, mesti seronok.. Bukan lah nak yang stylish sgt.. Tapi sedap mata nak pandang.. Suasana selesa dan menyenagkan sesuai untuk tenangkan kepala otak yang semak lepas balik keje... Kalau ada ruang tamu yang cozy, barulah best... Bukan kena kuarkan budget byk pon... harap2 Abg Zack boleh buat kan free uk aku.ahaks! Boleh ker?hehehheeee

4. Pasu bunga satu lagi hal.. daun kunyit yg mak bawakkan tu sampai dh mati hidup balik, pon x berpasu lagi.. hehehehehe.. Daun2 yg mak bagi tu pon camtulah jugak... Aku suka bunag dgn daun2 hijau ni tp tgn aku x sesuai uk semua tu.. Bayangkan melet rendam daun sup n daun bawang dalam botol ada ir, boleh jadi segar bugar n gemuk2.. tp aku.. letak pagi ni ptg dah mampos! So, jgn haraplh rumah aku ada pokok bunga.. Kalau ada pon mungkin nanti adalah Melet yang punya.... SO, mak, lepas ni x payah lah bg lagi.. nanti mesti mak akan bebel panjang sebab bunag yg dia bagi mati.....

Luahan kedua : pasal opis..

1. Apalgi benda2 yg boleh diceritakan kalau tajuk nya ialah OPIS.. mestilah tentang kerja yang x habis2... Dari naik cuti, sampai habis cuti, sampai nk raya Deepavali dah ni.. Cam tu jugak... Overload dah ni.. Doktor pon kata tension aku dtg dari tempat keje.. Sebab migrain aku dtg balik... dan skang ni aku adalah suka mkn.. Ye ah bila kepala aku berat aku akan makan... Actually aku bukan pemakan, tapi bila runsing, habit mkn benda yang bukan2 tu dtg.... Serem!!!

2. Selain dari kerja yang tak habis2, cerita yang paling best uk digosipkan di ofis skang ni ialah "STAFF QUIT". hehehe..ramai2 yg berura2 untuk berhenti kerja.. Dan pada minggu lepas, (Kalau x silap lah..) sorang LA dh pun dengan resminya tender surat memberhentikan diri sendiri... hehehhee.. Alasan berhenti adalah kerana nak sambung belajar.. Tapi alasan sebenarnya adalah kerana x tahan dengan orng yang kurang hajar.. Yang tak x tau menghargai penat lelah kerja dia kat sini.. Agaknya lah.. Kalau aku aku confirm jawpaan aku itu paling tepat... lagipon banyak dah kejadian depan mata aku yang membuatkan aku mengeluarkan fakta itu...

3. Makin dekat hujung tahun ni, makin kecoh lah staff kat ofis kau yang memang cam mulut murai cerita pasal bonus and naik gaji... Persidangan depa ni lebih kecoh n teruk dari persidangan umno dan juga pembentangan budget 2011... Depa pon dok kira ikjut bajet.... Tapi bos aku... cut budget!!!! HAhahahahahaaaaaa..... Kira oklah kan.. berjimat cermat .. hahahaha (Ketawa ku dalam tangisan!!!) Tapi kan raya tu dah dapat bonus... So, tinggal tengok samada gaji naik or...... Well...... *sigh*

Luahan ketiga aku : perseketiran aku...


1. Orang sekeliling... Ada yang menyenangkan tapi lebih banyak yang menyakitkan hati aku... Dugaan berjiran dan berkawan kan..Tapi aku pelik, napa lah x sudah2 orang suka bergaduh? Letih nak menengok kan dan melayan... Dah tu x pasal2, kita terlibat sama...Masak dowh!


2. Aura pon penting jugak... perseketiran kita ni penting sbb kalau keliling kita bagus, kita akan dpt aura yang bagus je hari2. tapai kalau x bagus, malap lah hari2 kita... Sentiasa x de semnagat dan akan jadi malas cam ular sawa melengkau lepas mkn... Hish, selisih malaikat 44..!!! Nauzubillah...

Luahan seterusnya : Twilight...

Aku x puas hati tengok Bella kecewakan Jacob, kalau nak kawan je jangan mainkan perasaan Jacob...!! Aku marah betul.. Sebenarnya kalau dia jadi wolf girl lagibagus.. Dia tak kan buat bapak jadi sedih sbb dia x brtukar opn, Dia tetap manusia.. Edward lembik!!! Menci lak aku tengok Edward!
(heheheheee...saja jer... emosi plak tengok new moon saga malam tadi ..tengok sengsorang plak tuh!!!)

Dan seterusnya aku nak meluahkan yang aku lega bila baca kat FCB reunion pospon..... Yeay!!! Kalau x mesti aku kena gi sengsorang sebab En. Suami kerja di Sabah dr 23.10.2010 - 06.11.2010... isk..isk...!! Kalau dah pospon jadi boleh bergumbira !!! Yeay!!!

Sunday, August 29, 2010

Indahnya Berada Di Kampung

Syok sangat sebab skang ni aku berada kat Segamat.. Siyok gila berbuka dengan masakan mak.. Mintak lah nak makan apa mesti mak masakkan.. Terliur aku dibuatnya...

Semalam dah dapat ayam masak kurma... Hari ni mak tanya aku lagi nak makan apa.. Hari ni dia kata nak masak nasi ayam.. Hermmm, sedap jugak.. Tapi semalam dakan dah nasi ayam.. hari ni aku rasa cam nak makan bihun goreng singapore.. Semalam tengok dalam fridge mak semua bahan2 yang perlu dalam resepi tu semuanya ada....

Jadi hari ni kalau mak nak buat nasi ayam terpulanglah.. tapi aku nak makan bihun gireng singapore..

Semalam member STS buat majlis buka posa.. memula ingat nk join, tapi dah sebab ada program lain yang menghalang dan x boleh nak dilintangkan dah, aku pon x join.. Ikut plan awal aku xde di Segamat pada kejadian event tu, tapi aku berada di Segamat... Ingat nk lepak ngan depa lepas jamuan tu, tapi ada aktiviti lain dengan mak yang lebih seronok...

Tak kesah lah.. nanti aku boleh plan balik makan ramai2 ni masa raya kan...

Semalam pon aku dah gi berjalan dengan mak. Buka lah memborong pon tapi ada lah jugak menshopping beberapa barang yang aku rasa sangat cute and best bila buat dengan mak... Heheheheheeee.. Best!!!

Rasa cam x nak balik je KL dah.. dok sini terus best kan... Walaupun kadang-kadang jadi panas sebab mak bebel perkara2 yang bukan2... tapi bila tak dengar aku jadi lebih rimas... Mesti nak dengar jugak...Hehehehehe... Memang syok kan berada di kampung dengan mak... lagi best bila bapak ada sekali....

Oklah..bebelan mak dah start.. kena pergi sebelum kali ni jadi bengong.... Bihun Goreng Singapore!!!!!...

Korang, nanti aku upload kan hasil gorengan bihun aku ok!!!!!

Tuesday, August 10, 2010

Langsir Baru

Semalam lepas Isya' dok berpikir sendiri proposal Bik Jal pasal nak tolong jahitkan langsir tu... Dia kata bagi ongkos pada dia dan dia setelkan semua sekali.. raya tinggal pasang je langsir baru tu.. Hehehehehee... Memanglah raya lambat lagi.. tapi langsir tu boleh pakai sampai bebila pon kan...

Maka semalam aku pon mulakan lah bicara dengan En. Suami.. Aku cakap ah yang Bik Jal nak tolong jahitkan langsir, cuma bagi duit je lah kat dia.. yelah kan dia dah tolong jahit kena lah bagi upah sekali kan... Bila aku kata duit yang nak kena bagi RM200.00 En. Suami terkejut yang teramat sangat cam nampak hamtu.. Apalah... Pastu membebel kat aku.. Barang lain yg lagi penting dari langsir banyak lagi katanya.. Memang betul lah sekarang ni ada dah langsir ka sliding door tu.. tapi tu kain lebihan langsir mak yang mak bagi pinjam je. Langsir tu mak buat untuk rumah dia,. Dia tak pasang kat rumah dia dulu sbb aku x beli langsir lagi....Tak kan lah selamanya nak harap ihsan mak jer.. lagipon bukan ke keselesaan tu penting bila kita tinggal kat rumah kita tu.. Bukan kebersihan jer, hiasan dan pemandangan dalam rumah pon penting kan?!!

Aku memang sedar aku x pandai sangat menghias 2 rumah ni.. Bunga hiasan dalam rumah aku tu pon ihsan mak jugak.. Kalau mak tak jadikan gubahan x de lah bunga tu atas meja rumah aku... ( Ye, saya x suka bunga2 plastik dlm rumah ni...)

Jadi berbalik kepada langsir tu tadi, x salahkan la kalau aku nak langsir yang aku suka, nak gayakan ikut citarasa aku.. ( x lah teruk sgt citarasa aku...!!!) RM200 tu siap belikan kain, siap jahit lagi.. bukan pasang hook tu, ni siap buat lubang masuk kat kayu tu....berbaloi kan.???. Kat kl ni ada org bg harga camtu??? Haih.. kalau lelaki ni, nak langsir baru pon salah...( bukan semua lelaki la...) ... Dah lah baju raya tahun ni x de.. isk..isk..isk.... nak langsir baru pon kena bebel..

Tapi aku akan pastikan aku dapat langsir baru itu... Adik, silalah bayarkan untuk saya.. hehehehehe..mekacih!!!

Monday, August 2, 2010

SAPA LAGI NGOK?!!!

Jam pukul 12.30 mlm.. Aku x bolehnak lelap mata nih.. So aku pon decide nak main spelling ngan En. Suami.. dia walaupun dh nk terlelap layan jugak lah aku.... heheheheee
Soklan 1 :

Me : yg how u pronounce A.C.H.N.E? ada ke word tu?
En. Suami : spell again..
Me : A.C.H.N.E
En. Suami : (dgn konfiden nye jwb ..) ASTHMA...
Me: Hah? A.C.H.N.E apa yg?
En. Suami : ASTHMA lah...
Me : Mongok ke apa yang ni?
En. Suami : Spell it again (sambil amik IPHONE dia bawah bantal....x puas hati lah tu......)
 

Sambil tergelak2 aku ejalh sekali lagi.. Dia dh bengang dah sebab dah termongok kat diri sendiri.. hehehhee 

Setelah diam seketika belek dictionary dlm IPHONE dia tu, tetiba dgn muka berlagak dia ckp kat aku..

En. Suami : Dear, there is no such word.. A.C.N.E adalah.. so skang ni sapa mongok?!!!


Sabil ketawa dia bagi bntal musyuk aku tu, dan kata.. "dah lah awak dh kalah.. tido jelah..."

Tak adil lah!!! Jahat kan..?!! So spelling uk mlm tu (yakni semalam) satu jelah.. hheheheeeee

Tuesday, July 27, 2010

TOLONG!!

Ye, aku mengaku aku adalah sensitip.. Memang orang yang berbintang Pisces ni sensitip kan.. Jadi x salah kalau sekali sekala aku ni bersensitip.. Heheheheeee... (Tapi En. Suami selalu x setuju...wekk!) Salah ke kalau kita nak rasa sensitip? Semua orang akan rasa sensitip ni.. Tak kiralah bintang apa pun.. mesti rasa punya... Tapi bukan pasal sensitip aku lah yang aku nak cerita... Heheheee

Kadang-kadang aku pon muak bila orang asik nak sensitip jer.. Memanjang sensitipnya.. kadang2 tu nak sensitip pasal benda2 yang remeh temeh.. Alooo, ingatlah sikit, orang lain pon ada perasaan.. tak kan awak je yang betul! Bukan cakap awak je yang nk kena ikut...

Susah kan kalau dikelilingi orang yang macam ni.. Bila tiba masa dia nk mengutuk & kata orang, bukan main lagi.. Tapi bila turn orang nak kenakan dia melenting, sentap lebih!.. kalau macam tu tak yah campur ngan orang.. Semak jer!!!

Tapi orang yang sensitip & ego lagi teruk.. bukan setakat batu je yang ada dalam kepala & hati.. semua benda yang keras adalha dalam kepala tu... Dah lah x boleh dinasihati, malah nk sentap lebih2 plak kalau apa yg dia ckapkan tu x dipersetujui @ dibangkang.. kan senang kalau boleh bincang. Orang bukan semuanya sama.. Masing2 ada pendapat dan fikiran masing2.. Jadi give and take lah.. Tu pon nak kena bgtau ker?

Lagi sakit kepala sebab aku memang dikelilingi manusia2 ini.. adoiiyai.. nak lepaskan diri nih.. semak otak aku.. Bila aku nak rasa aman nih...?!!! Cuba tolong korang bg idea2 elok sikit uk aku... Please.....

Thursday, July 15, 2010

Semak!!!

Adoi yai.. kepala aku betul2 semak nih.. Dengan present yang sangkut, dengan orang yg asik salahkan orang lain x semena2.. Migrain!!!

Macam lais je aku rasa hari ni. Kepada dah berdenyut2 ni. Mata dah berpinar2. Aku rasa nk meletop dah ni. Orang2 ni pulak mcm bagus plak cari pasal dengan aku..

Korang ni semua x de keje ker? Apa kes nk cari gaduh ni.. Aku banyak keje ni.. Kepala aku semak cam nak mati pikir pasal kerja, korang x payah lah nak tambah2 semak kat kepala aku! Berambos.. Haram jadah!!

**Astaghfirullah...**

Wednesday, June 23, 2010

MAAFKAN SAYA BAPAK!

Aku rasa bapak merajuk ngan aku dan anak2 yang lain.. rasanya lah... Sebabnya? heheheheheheeee... Aku bukan lah anak derhaka sampai mengecilkan hati bapak aku...(.yang lain2 aku tak tau lah..)
.
Rajuknya adalah kerana aku dan adik2 x balik kampung untuk celebrate hari dia.. HARI BAPA.. agaknya lah.. aku rasa begitu sebab aku hantar msg kat dia ,dia x balas, aku kol dia x angkat.. Tapi bapak ni ada kemungkinan jugak dia x pegang henpon dia sebab mak yang pegang..

Tapi dah bagitau dah kat dia, nanti balik masa dah dapat gaji, so dia boleh mintak apa saja (yg berpatutan lah dengan duit yang aku ada waktu itu..) Nak bagi hadiah pon senang lah kan. Aku ingat nak lah bawak dia makan kat tempat yang dia suak kan... Mak ada juagk telefon 2-3 kali tapi biasanya x sempat nak tanya apa2 sebab dia kaan terus letak telefon sejurus cakap perkara yang nak dibagitau...*Haih...*

Kalau lah betul bapak terasa hati maka aku kenalah segera pulang dan peluk dia kuat2 dan minta maaf... (Gawat ni kalau dia merajuk, sebab susah lah aku nak mintak tolong dia dalam hal2 yang melibatkan duti setem.. hehehee) .. Bapak, saya mintak maaf, bukan x nak sambut HARI BAPA cam saya sambut HARI IBU,  Saya akan pulang juga minggu ini .. blom lambat lagi nk bawa hadiah balik, nak belanja makan.. lagipon selalu balik ada juga ole2 dan belanjaan makan untuk mu... heheheheheh

En. Solikin, you are the best dad ever.. Walaupun kadang2 bapak ni "degil" tapi sumpah, sesungguhnya saya sangat sayang kan kamu..... I LOVE YOU!!!!

Thursday, June 17, 2010

World Cup Datang Lagi..!!!!!

Yeah.... musim bola dah datang lagi...Macam biasa aku hilang kuasa ke atas remote tv sampailah habis World Cup nanti.. (walaupun adakala aku gunakan kuasa bijaksana aku untuk dapatkan remote...hehehehehe).. Masa ni aku rasa Kak Chitot untung sebab laki dia x minat tengok bola.. Dia je yang minat, tapi dia tengok kalau dia rasa nak tengok.. Jadi dia masih berkuasa ke atas remote tv tuh...

Sebenarnya bukan pasal remote tv yang aku nak citer.. hehehehheeee..

Rumah aku sekarang ni dekat dah dengan Bazar Larut Malam.. dekat jugak ngan deretan kedai mamak yang dekat ngan bazar tu.. Setiap kali hujung minggu memang aku boleh dengar karaoke yang ada kat bazar tu dengan jelas.. (dapat bayangkan betapa dekatnya.??) So bila tiba musim bola ni makin riuh lah kawasan rumah aku ni.. Dengan orang yang berduyun2 melepak kat kedai mamak tu tengok bola.. Bukan setakat kedai mamak sahaja, restoran cina yang sederet kedai mamak tu pon dah siap pasang screen besar punya untuk customer datang tengok bola.. Kiranya cina2 yang datang x dapat lepak kedai dia boleh la ke restoran cina tu tengok bola sambil minum air mabuk.. hehheehheheeeeee

Tadi saja, dalam pukul 10pm to 11pm lebeh kurang lah, dah dengar sorakan depa yang lepak kat kedai mamak.. Tadi kan Spain vs Switzerland.. Sorakan tu untuk team mana aku tak taulah.. sebab masa aku dengar tu aku tengah lepak kat buaian ngan Melet , bergosip.. heheheheeeeee

Tapi bukan pasal sorakan team bola dan kedai mamak jugak yang aku nak cerita.... huhuhuhu


Sejak dah start musim bola nih, jadual En. Suami sangat tight... Bagus jugak sebab aku x lah balik lambat sangat cam selalu sebab dia selalu kuar lambat dari ofis dia.. Sekarang ni tepat sahaja pukul 5.30ptg, dia akan pastikan yang dia sudah berada dalam kereta untuk pulang...Paling lewat untuk En. Suami kuar dari pejabatnya ialah pukul 6pm. Tu pun dah kira lambat dah tu.. Ye lah kan takut tak sempat tengok game yang start kul 7.30pm....

Selalunya bila dah sampai kat area ofis aku baru dia kol bgtau suruh aku turun, tapi sekarang, lagi 2km nak sampai ofis aku dah soh aku turun... Kiranya dia nak masa dia sampai aku dah ada, terus naik keta dan terus balik... Kalau ada tempat yang aku nak singgah sebelum sampai rumah, dia akan tengok jam tangan dia berkira2 samada sempat ataupun tidak agar dia x terlepas game pada hari tersebut.. Ish..semak kadang2 dibuatnya.. Macamlah dia yang main..... hehehehehhehehehehe....

Tapi bukan itu juga yang ingin aku kongsikan dengan korang.....

Bila World Cup dah start ni janganlah harap dapat nak borak dan bercakap dengan En. Suami pasal hal yang lain.. hari ke-2 world cup conversation aku dengan En. Suami dah jadi cam itik ngan ayam.. Aku tanya apa yang dia nak aku masak untuk makan malam,dia jawab : "Abang rasa malam ni team best lah yang main.. cuba tlg cek kat fon abang tu, team mana yang main malam ni..." - SENGAL... Sudahnya malam itu aku x masak... Bonus juga untuk aku sebab aku x payah penat2 nak masak.. Tapi kesian lah kat Melet.. penat balik kerja x de makanan pulok.. Rasanya elok juga kalau bagi bola je kat dia untuk makan.. *Haih...****

Sejak bola start ni adik pon dah ada kat sini..Alasan, nak teman En. Suami tengok bola....Entahlah...pelik aku... tapi adik juga dah terikut2 dengan perangai En. Suami juga sebab bila ditanya nak makan apa, dia sibuk nak tengok dulu team mana yang lawan... Sampai hari ni aku x paham kaitannya... kalau team best yang main kena masak sedap ker? ish... peninglah.. Sudahnya hari2 kalau aku rasa nak masak, aku masak saje apa yang sempat.... Bising karang, aku bagi bola je kang.. heheheheheheheheheh

Korang, bukan pasal makan bola yang aku nak citer sebenarnya.....

Tapi apa yang aku nk citer ek?!!! Entah lah... hahahhaaaaaaa.. Aku rasa aku yang sengal sekarang ni kerana World Cup dah tiba.....

Friday, June 11, 2010

Musim Cinta

Musim cinta untuk aku sebab aku tengah "bercinta" nak siapakan kerja aku yang melambak sebab aku cuti panjang minggu lepas..(padahal cuma 2 hari jer....Tapi Jumaat n Isnin. hehehehehehe) Bila balik ofis, walaupun nota2 kecil x de terlekat kat PC aku cam selalu dengan pesanan kerja, tetap ada arahan yang ditinggal dlam tary aku... *Haih....****


Musim cinta untuk aku sebab aku juga tengah hangat "bercinta" melengkapkan dan menyempurnakan keadaan rumah aku.. baru pindah kan.. kalau sekaligus nak kemas prap cenggitu mau hilang banyak lemak aku...hehehehehe (bagus gak kan...) tapi ternyata aku x berapa nak larat buat tu semua.. aku masih bercinta pikir apa yang aku kena buat, camne aku nk hias rumah aku, pokok bunga apa yang nak kena letak kat laman rumah supaya nampak menarik dan ada oksigen lebih.. hehehehehehehe.. dan akujuga rasanya "bercinta" mengharap Zairol akan dtg ke rumah aku n bg servis free menghias rumah aku... ahks.. indahnya cinta itu..!!!!!


Musim cinta juga untuk aku sebab aku "bercinta" nak capai target nih...Kak Abique calen aku 800 points.. adus...skang ni slow polak... Pindah-balik kg-kenduri adik-setel mentenen-ets... haih.....
Bila lah nak gerak nih... (marah kepada diri sendiri!!!!!!!)


Musim cinta untuk aku yang berpanjangan sebab aku masih BERCINTA dengan EN. DIN..... hehehehehehehe.. <3<3<3

Thursday, April 29, 2010

Mengantuk


Semangat yang menggunung sekejap tadi untuk buat keje mati bila mata aku pun layu..
Apsal lah mengantuk sangat saat keje tengah banyak ni.. Ni lah bahananya ni.. makan nasi lemak pemberiaan Kak Kiah masa lunch tadi.. Satunya baguslah sebab save (heheheh) dan takyah berebut beli makanan kat bawah nun.. Tapi lepas makan jadi malas dan mengantuk...


Dahlah sejuk2 dalam ofis ni.. Rasa cam dibuai2 sambil terasa2 di peluk yang tersayang.. heheheheee... Nasib baik lah bos berdehem2 dalam bilik tu.. Agaknya dia nampak aku asik tersengguk cam orang asyik berzikir.. heheheheheheeeeee.

Pernah jugak sekali dulu masa aku betul2 terpejam depan computer usang aku ni, bos lalu sambil batuk yang kuat sampai aku terkejut... (Padahal saje je dia tu nak kejut aku bangun kan...) Nasib baiklah aku x tercium keyboard sebab terperanjat katak!... Lepas dari itu, memang lah ngantuk macammana pon aku x kan tido bila bos ada.. Bila dia takde apalagi kan.. amik bantal busuk aku yg ada di kerusi kononnya untuk kesihatan pinggang ni, letak elok2 atas meja, dan landingkan kepala dengan selamba.....


Sekarang ni mengantuk makin menjadi2 sebab dalam ofis ni tinggal 4 orang je termasuk aku.. Budak cham dan Cik Yam pegi auction, yg lain sibuk buat kerja, aku je yang terkontang-kanting sendiri dlm cubicle yg bosan ni... Kena draft surat sebenanrnya, tapi surat aku jai mengarut... Nasib baik mengupdate blog ni buat aku hilang mengantuk... Apa salahnya ye tak?!! Melencong sekejap untuk segarkan mata dan nanti bila mata aku dah segar aku boleh sambung balik kerja aku draft surat.... Bagus!!

So, mata dah segar sikit ni, bolehlah aku update draft surat aku yg dh melalut tadi... heheheheeeee
 

Thursday, April 22, 2010

Zoo Trip..

Sejak beberapa hari dilanda keserabutan, akhirnya aku berjaya jugak meredakan sedikit kekusutan itu... Bagus gak idea Adik untuk ke zoo.. Sebenarnya dia yang ajak, tapi sebab dia tu lenjeh (ni bahasa jawa.. korang terjemahlah sndiri.. x pon sila tanya Adi sendiri..) maka aku pergi bersama Along & Dania.. seronok!!!!!

Nak balik kampung parent aku ada kat Penang menjenguk menantu nya yg berbadan dua skang ni n anak kesayangan mak kat sana... Jadi aku berjalan lah sakan di sini...

Dania dengan muka capok2 tu ikut jugak lah..Mana boleh dia kalau Along ikut dan dia tinggal.. jadi aku hangkut jelah... Malam minggu tu pon memang diorg tido kat rumah aku... So, Lps makan tgh hari dan solat zohor tu berangkat lah kami.. Memula x delah panas sangta.. sampai sana je rasa bahang pulak, Nasib baik lah ada jual topi untuk Dania.. X delah dia berpoloh .. hehehheheee...  Nasib jugak dalam zoo itu banyak pokok...redup gak lah...

Memula nampak zirafah, Nia excited gak lah, bila dah nampak gajah, dah start nak nangis, belom tengok binatang lain lagi.. Bila smpai kat tempat amphibians  & reptiles, lagilah dia kuat berbunyi... geli.. heheheheee klakar tengok dia bila nampak katak besar.... But good for Along sebab diorg ada letak kat wall area tu kitaran hidup haiwan .. jadi dia dpt ilmu jugak lah.... Dan dia juga banyak tanya soklan, yg ada diantaranya aku kena jawab : "yg tu ibu x pasti, along tanya ayah din lah...." heheheheee bijak kan aku... kesian Ayah Din menjawab soklan2 dia....

Tapi kitorang x sempat masuk kat tpt lebah sebab masa nk masuk tu ada sealion show.. So kitorang pergi dulu, bila dah abis tu dah ralit tengok giant fish, terus lupa nak patah balik gi kat tempat lebah...

Well, harap2 aku dapat gi zoo lagi.. seronok jugak, dan bagus jugak kalau dapat gi zoo negara lain, teringin nak gi night safari .... kena plan nih...!!!

Thursday, April 15, 2010

Nak Sekolah Balik!!!

Bila baca post Adi sungguh tetiba rasa nk balik zaman sekolah... Nak masuk sekolah balik memnag dah tak boleh lah kan.. Yang boleh sekarang ni sambung blaja lah...Tapi kat mana? Nak buat part time ke full time? Bingung...

Last year dah riki2 jugak lah dengan Adi.. tapi lps tu kami sama-sama terus diam... hehehheeeeee..ada lah yg menghalang tu kan.... Tapi Adi pon dah mengejas aku balik untuk sambung blaja.. Mesti sambung!!!

Jadi skang INDOT, sila pasikan niat untuk sambung blaja itu terlaksana... Mula cari tpt blaja skang!!!!!!

P/s : Adik, jomlah kita start skang....

Monday, March 15, 2010

Sambung menulis...

1. Pertamanya, aku relief sbb dapat tulis kat blog...setelah sekian lama aku bersekongkol dengan kemalasan aku...heheheheee... (maknanya sedikit rasa malas itu dah hilang..)

2. Sedikit masa dulu aku hampir hilang org yg rapat dgn aku... Tapi baru2 ni alhamdulilah, aku dpt jumpa dia balik...Walaupun perasaan itu x seperti dlu, aku tau dia tak lupakan aku dan aku x puas hati sebab ada benda yang dia nk bagitau aku, x terbagitau... Bila nk jumpa dia lagi?!!!

3. My friends ramai yang dh setel down... Good for them, tapi aku sedih sbb x dapat gi kenduri Pekji. :), Nak buek camno kan...hubby ku demam.... Jeles aku tengok gambar diorg yg ada kat sana...hermmm.. Untuk yang belom lagi, cepat2 lah...

4. Last week, ofis baru dh start operation, so last saturday semua orang kena dtg angkat file... Aku n convey dept stay, so kitorg cuma letakkan file yg pindah ni atas troli saja... ye lah kan, opis yang tinggal pon nk kena kemas jugak kan?! Lepas dh kemas semua, rupanya yg tinggal cuma tinggal 3 je kat dalam, 1 kat luar.. Bila ada yg cuti kat dalam, tinggal lah 2 ni melopong jer... sunyi sgt sbb yg selalu buat bising dah pindah ke opis baru... hermm.. dan yang paling x best ialah bila bos pasang CCTV... yerk!!!!

5. Akhirnya aku dapat rmh atas tanah..tapi sewa lah.. ok ah akn.. situasi skang ni kat rumah yg aku diami dah x best sbb byk sgt dh ce~~@@@ yg bodoh dan bangang rebut parking kitorg... At least rumah yg bakal kiotrg diami ada parking sndiri.. Since diberitahu rumah itu dh nk kosong, hubby aku setiap hari turun dr keta akan cakp " Tak sabar nk pindah rumah tu...ada parking sndiri.." hehehheheeee

6. Kezen aku ajak gi Bandung... tapi x tau pakej mana nk amik... Ermm... pegi bulan 10, best gak... Memula cuak gak nk gi , hhehehee..tkt nama blacklist...tp alhamdulillah...clear...hehehehehe.. Tapi ni kena confirmation ngan hubby, sbb dia dh start main tarik tali ni.. kejap nak kejap x nak...

7. Hemm... wat else...nantilah update lagi... as for now..signing off..

Monday, January 25, 2010

Drama Kacang Botol

Babak I

Dalam NSK , orang ramai sibuk shopping barang dapur... Tetiba bunyi tipon...
Mak : Hello...
Aku : Ello mak...
Mak : Awak buat apa?
Aku : Ada kat NSK ni.. nak cari barang masak..
Mak : Wah.. nak masak apa?
Aku : Ntah lah.. nak masak asam pedas ikan pari kot mak...
Mak : Sedapnya... (ada sendu + sedikit sedu di suaranya...)
Aku : Napa mak? mak demam ker?
Mak : Tak lah...... (lagi ada sendu...)
Aku : Selsema ker?
Mak : Tak.....(sendu dah jadi esakan kecil....)

Dalam hati aku : mak kenapa plak ni nangis2 nih...

Aku : Mak, kenapa mak...
Mak : Mak sedih tengok kacang botol nih.... (esakan lebih kuat...)
Aku : Kenapa plak? mana dapat kacang botol?
Mak : Tepi rumah lah, mak petik... tapi semua dh tua...banyak ni satu baldi..(cerita sambil nagis...)
Aku : Kenapa nya mak..ish..mak jgn lah nangis...kenapa ni mak....
Mak : Mak sedih tengok sbb teringat mak macam kacang botol ni..bila dah tua semua orang x nak..semua orang nak kacang botol yang muda, rangup, sedap... Kalau dah tua semua x nak, x hingin... ( Sedu + tangisan lebih deras...)
Aku : Mmmmmm.... mak...(Aku terkedu...)
Mak : Bapak dah dengan aktiviti sendiri, adik pon sama... semua x hiraukan kacang botol tua...

Adoii.... mak aku ni mesti kena rejection ni.. Bapak mesti x nak teman dia buat bisnes ni... Aku pon dah bergenang air mata dah ni...

Tetiba ...
Mak : Mak nak cakap tu jer, Mak Eton mana?
Aku : (Sambil kebingungan..) Ada, tido lagi...
Mak : Anak dara ni memang... si Totok mana? (Melet)
Aku : Tadi masa nak kuar tadi dia tengok TV..
Mak : Sore sapa tu?
Aku : Owh.. Nia ni.. dia tido rumah mlm tadi.. nak ikut indot balik...
Mak : Yelah.. (sedikit sendu lagi...)
Aku : Mak jgn lah sedih sgt......
Mak : ( Dalam sendu..) Ni nak citer...Anti kol, jmput kekah Iris... ( sedu..)
Aku : Mak dtg tak?
Mak : Ntah lah..bapak tu bukan nak kalau ajak gi mana2.... Asik aktiviti dia jer...

Hah!!! Kan aku dah agak dah.. mesti bapak x nak ikut dia nih... Sedihlah tu sebb bila bapak terpaksa ikut, bapak x bercakap ngan mak...

Babak II

Dalam ofis, dlm mata tgh layu2, telefon berbunyi..Kringggg....
Aku : Hello, apasal?
Adi : Weh.. (ketawa2).aku dh cakap ngan mak ko...
Aku : Apa cer?
Adi : Mak ko dah ketawa...

Nengok...sebel deh... bila Adi kol, dia dh gelak2...

Aku : Aku dah kata dah...dia dh ok lah tu..
Adi : Aku tanya mak, apa cer pastu mak ketawa je weh..
Aku : Mak x cakap pape ker?
Adi : Aku tanya lah ..Apa ni mak, drama kacang botol nih... Mak ketawa je...Cam gelihati sgt...
Aku : Herm.. dah nangis kat aku semalam...hari ni gelak tawa ngan ko...
Adi : Mak kata, cerita nanti bila jumpa, x best citer dalam tipon...

Erk.... siut jer.... nak bergosip lagi... Haih.. mmg lah aku ni Channel Citra... Sesuai lah Adi Channel Warna...
tapi aku terpikir... bestnya kalau aku dapat cuti lama teman mak je kan...
Isk...tetiba je aku sebak.....

Thursday, January 21, 2010

Soalan untuk soalan?!! Cane eh?

Soalan 1 - kenapa lah aku x macam dia?
Biasa kan dengar soalan ni? Aku pun penah gak pikir cam ni..Tapi lepas tu aku pon terpikir balik, Bukan kah manusia tu diciptakan dengan bahagian masing2..Jadi kenapa mesti kita nak compare2 dengan orang lain. Rasanya boleh kalau nak buat perbandingan, tapi perbandingan yang sihat lah kan...,,Contohnya, kenapa dia boleh berjaya, aku x boleh plak?.. Ha tu yang bagus...

Soalan 2 - Kenapa nasib aku malang je selalu?
Bukan ke manusia tu dicipta pakej sekali dengan ujian dalam kehidupan.. Kenapa kita nak mengenang nasib malang? Kenapa mesti nak salahkan takdir? Bila dah malang macam ni, start lah drama air mata, masa ni jugak lah teringat kat yang SATU tu.. Kalau x malang, jimbaan tak hengat dunia. But at least golongan ni masih boleh kembali ke pangkal jalan... Yang x boleh blah tu, dah la x pernah nk bersyukur, bila dah dapat malang lagi nak salahkan Tuhan tu x adil.. Cetek benor imannya....

Soalan 3 - Kenapa aku dilahirkan jadi orang miskin?
Ya Allah, ni lah orang yang paling tak bersyukur..... Berbalik pada kenyataan aku tadi, semua orang dah ada bahagian masing2... mesti ada sebab kenapa seseorang tu dilahirkan begitu dan begini... Betol tak?!

Soalan 4 - (Soklan yang aku perlukan jawapan) - kenapa orang suka tuding jari kat orang lain?
Aku pelik lah kenapa ada orang yang suka lepas tanggungjawab.. X berani nak mengaku kesalahan sendiri.. Kenapa nak sangkut paut kan orang lain? Dah lah libatkan orang, x nak mengaku plak, nak lepas tangan jer... Kita yang x buat salah, kena orang buat salah x kena.. Kadang2 yang tak de kena mengena pon dipersalahkan.. tetiba jer...

Soalan 5 - Susah sangat ke nak terima orang yang dah berubah?
Kenapa orang yang pernah buat silap dulu, bila dia berubah susah sangat nak diterima? Aku x paham camne orang boleh ngaku diri dia tu baik dan orang lain jahat. Lepas tu bila ada apa2 kejadian buruk berlaku, orang tu jugak yang jahat padahal x de sekuman pon dia masuk campur.. pelik sungguh lah orang menilai orang sekarang ni. Jangan nanti yang ngaku diri dia baik tu sebenarnya berhati busuk....

Soalan 6 - Kenapa orang x suka aku?
Kalau soklan ni, maknanya kena muhasabah diri balik lah kan..heheheheeee.. tapi soklan ni bukan untuk ku...

Sebenarnya, orang tanya ke aku... So aku boleh jawap sket jer.. yang lain tu ada sapa boleh tulung?!!!! Ngee Ngeeee....

P/s : Muhasabah untuk diriku (soklan 1-3) heheheheeee

Wednesday, January 20, 2010

4th Anniversary....

Rupanya dh 4 tahun aku kawen... Heheeeee... Kejap je masa berlalu..
Herm.. kadang-kadang rindukan masa SINGLE.. huhuhuh tapi x dinafikan BERDUA LEBIH BAIK... dan aku mengharapkan tahun ni akan bertambah jadi TIGA..EMPAT terus pon ok... (larat ke nak mengandungkan twin?!!!) ngee.....

Sesungguhnya aku bersyukur menjadi sebahagian dari kehidupan dia.. Terima kasih sebab pilih aku..(Eiii..ngee.nge....(-_-)")

Aku akan terus berusaha untuk jadi isteri yang terbaik!!! Yeah... hehehehehe...

HEPI ANNIVERSARY YANG!!!!!!!


Monday, January 4, 2010

YEAR 2010..

Its 2010 now... mcm biasa azam ku yg satu ni x tercapai lagi..heheheheee...
...
.
.
.
....

Apa nk buat ek?!!! Hermm.... tengok lah tahun ni..
Strategi baru dah di susun...Tunggu lah kan...
Emi Dino says " jadi lebih baik dari tahun lepas...." hehehe - ZIFI = "baik punya!!!!!"
Guys, pray for me ok...

"Ya Allah, semoga kau perkenankan doaku, kerana kau Maha Mendengar dan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....Amin"

September 2018

Yeah..berakhirlah sudah cuti-cuti berangkai bulan September ni... Syok sungguh bercuti sampai rasa nk cuti terus dari bekerja.. Hehehehehe ...