Friday, February 15, 2013

Macam-macam

Hi guys.. rasa cam dah lama sangat tak mengupdate blog. Sejak ada Ahmad Alif aku rasa masa aku lebih suntuk. Weekdays dia tak de dengan aku aku sibuk dengan kerja dan kerja. Bila weekend aku dah tak peduli benda lain selain Ahmad Alif. Bila balik kerja hari Isnin, aku sibuk melayan perasaan dan rewind balik moments aku dengan Alif dan En. Suami. So, mana ada masa nk update blog kan?! hehehehe..

Well, kenduri-kendara dah selesai, tapi penatnya masih terasa. Sebab in between kenduri tu ada benda-benda urgent yang nak diselesaikan. Bila dah urgent di saat2 akhir mestilah jadi kelam kabut dan huru-hara dimana ia mengkibatkan keletihan melampau. So, tau2 jelah kan penat nya macam mana.. Pheww...

Kejar dateline, update status, discussion dan menyelesaikan masalah2 yang timbul tiba2.. adalah perkara yang paling aku menymapah nak buat. Tapi itu jugak lah yang nak kena dibuat hari2. So, aku memang dah siap2 pangkah kalendar pada hari2 cuti. Supaya dapat berehat dan berlibur..

Cuti yang baru2 ni- Chinese New Year..4 hari cuti.. Yeayy!!!.. Plan percutian adalah TIDUR and spending time with Alif & En. Suami. Tapi planning TIDUR adalah tak berapa berjaya. Saat2 akhir terfikir rugi kalau tidur sebab tak boleh tengok Alif. Pengalaman melihat dia membesar adalah sangat precious! Aku dah miss 5 hari dalam seminggu nak tengok proses tumbesaran dia..so kalau cuti 4 hari ni tidur je rugilah lagi kan? Hehehee..

Subhanallah..indahnya pengalaman melihat keletah, senyum, tawa dan tangis dia. Penat dan tension aku hilang. Sebab tu lah aku doa supaya dia cepat2 dapat duduk dengan aku kat KL. So, bila balik keje aku boleh tengok dia dan hilangkan semua bebanan kerja.. Korang tolong doakan untuk aku yer supaya En. Suami dapat trasfer balik ke KL dan Alif pon boleh duduk dengan kami di KL...

By the way..pic kenduri kendara akan di upload later.. blom dapat kat tangan lagi..
Okl ah.. mood terbantut teringat Alif.. huhuhuh (T T)...isk..isk... Chow! 

Monday, February 4, 2013

Walimatul Urus & Aqiqah

Pheww... this couple weeks make me lembik!.. Rasa sakit badan lain macam.. macam lah aku ni mak pengantin.. Hahaaa... Mungkin sebab aku over excited untuk kenduri Alif hari tu kot.. Tapi sebenanrnya bukan buat apa pon.. Buai Alif tu pon Aunti Yasmin yang decorate ala kadar dengan belon-belon je.. simple jer... Entah lah..

Ok.. Masa malam nikah tu.. semua ok.. Pengantin pon nampak cantik..dan aku terasa sangat syahdu sebab rasa diri ku dah tua.. Isk..Isk..Isk.... Hihihih.. Dah besar dah adik2 aku ni. Yelah pengantin adalah anak no. 4 dan berumur 29thn.. aku yg no. 2 ni..?!! Logik kan aku tersyahdu?!!.. hihihii....

Pengantin laki nebes sangat uolss... Masa rehearsal akad tu suara dia slow sangat.. tok kadi punya suara je yang kuat.. tapi bila yang betul2... bukan main lagi.. nasib x berdengung je.. Hihii.. Alhamdulillah, sekali lafaz je Nur Syafaah Solikin sah jadi isteri kepada Mohd Amin Md Ali... Amin!! Yang paling tak tahan muka Anol suka sebab dah sah jadi isteri orang and dia melompat... Rugi aku tak pegang hp masa tu.. Haih...

But guys, aku rasa kenduri ni happening juga.. Cuma Affy je takde.. :(.. What to do kan?!! Masa time khatam Quran dan berendoi keadaan adalah agak kecoh sebab kumpulan ngaji & marhaban datang lambat.. Then, pengantin pon dah bengang2 dan siap lambat juga... Tapi nasib baik lepas dah start semua jalan smoothly.. Sampailah kepada upacara membotakkan kepala anak aku-dia nangis macam kena dera-potong kek-sambut besday Aina.. (sepupu aku).. lancar lepas tu...

Alhamdulillah, cuaca juga elok, orang datang x putus, dan makanan pon cukup.. BTW, makanan adalah sedap.. bukan nak puji makanan di kenduri sendiri tapi catering ni memang superb lah makanannya.. catering dari Batu Pahat.. air2 dia pon yummy! Aku makan pukul 4.30 ptg.. Masa tu baru rasa lapar.. Lapar aku hilang masa Alif nangis masa kepala dia dibotakkan..

Sabtu lepas, selesai dah kenduri sebelah lelaki.. lega.. selesai dah hal2 kenduri ni..Alhamdulillah!.. Ok lah, guys..nanti aku upload pic2 ok.. Aku belum sempat tengok gambar2 yang En. Suami amik masa kenduri-kendara tu... Pada yang tag kat FB tu tima kasih lah no.... tunggu ok aku upload pic nanti..

*p/s : x larat nak duduk lama type entry sebab pinggang sakit + badan juga sakit... 

September 2018

Yeah..berakhirlah sudah cuti-cuti berangkai bulan September ni... Syok sungguh bercuti sampai rasa nk cuti terus dari bekerja.. Hehehehehe ...