Monday, September 21, 2009

OFIS DAN RAYA - PART 1

Skang ni aku dah habis shift kemas dan basuh pinggan kat dapur setelah satu hari ni ramai orang yang datang. Lagipun pagi Raya tu aku dah bangun sangat awal tolong mak masak manakala yang lain masih lena di ulit mimpi..hehehehee...just nak share sikit kisah yang x berapa best sangat lah...Tapi benda ni biasa terjadi...

Situasi satu - 2 hari sebelum cuti raya....

1. Nilah lambang kemegahan bos aku...rasanya la..nama company aku yang di lukis khas dan jadi "signboard" ofis aku.... Kalau orang datang ofis aku ni..kat pintu depan tu dah nampak lah signboard ni dr pintu tuh.. Lainnya aofis aku ni sebab bos aku x tempah sign board yang mahal2... tapi lukisan tu kalau tak silap ceritanya dihadiahkan oleh seorang kawan bos...heheheh ntah2 lagi mahal lukisan nih.....



 
aku memang selalu teringin nak amik gambar kat sini..hahahha

2. Nilah aktiviti kitorang yang memang suka amik gambar.. tapi masa ni sebenarnya semua orang dah tak mampu nak buat apa2 kerja dah kerana masing2 memikirkan baju raya, kuih raya, lomang, balik kampung dan pemikiran yang paling serius pemberian duit raya.. that include me as well....ngeee~ ye lah kan budget lari sikit tahun ni sebab Myvi ku di bengkel.... Dari recep kat depan sampai lah Cik Diego yang duduk kat ulu banat ofis aku, dekat ngan pantry tu, semua pandang file kat atas meja tu serupa juadah hari raya yang bakal menjelma..( yang ni x termasuk aku sebab bos aku memang x bagi aku can langsung berbuat sedemikian)..huhuhuu. tapi aku kan dah x de mood nak buat kerja jadi aku pon sebagai sponsor terbesar (sponsor kamera) hasut Kak Tek @ Lina Jambu merayau satu ofis (yang sememangnya hobi dia) amik gambar aksi staff yang hanya jasadnya di ofis...


                                  
"nes, kitorang amik gambar kitorang dulu...hehehehehe..peace!!!"



muka2 sememah k.zah & k. ros yg control mulut sbb asik mengunyah di bulan posa...


 "apa ajelah k.zah ni membebel nes.. kita dengar jelah..nati kang merajuk lah pulak!!! "



3. Kak Lina telah menjalankan kerja dengan jayanya..(walaupun kebanyakan nya hanya ada gambar dia saja...yang paling banyak....) Adalah 2-3 kali dia masuk  ke belakang amik gambar (sbb dia jaga depan) ..Kena cover2 sebab ada bos n 2nd partner.. masa tu bos kecik pon ada jugak, tapi kitornag ni tetap buat tak tahu jer.....

4. Kak Zah pada hari kejadian telahpun bercadang untuk cuti pada keesokan harinya, (Jumaat) kerana anaknya telah memberitahu dia pada saat2 akhir bahawa sekolah cuti pada hari Jumaat. K. Zah nak balik kampung awal kerana dah tak sabar nak bergosip dengan adik-beradik nya yang lain di kampung sambil menyediakan rendang nogori mereka yang terkenal.... Tapi short notice sangat... x apek lah dia nak cuti kecuali dia mc ataupon EL sahaja pada hari Jumaat tersebut...

5. Aku juga telah merasa bengang pada hari tersebut kerana kakak Gen-2 telah dengan selambanya makan di khayalak ramai iaitu kami ni semua... Beliau memang tengah cuti berpuasa tapi x perlulah makan kuih raya K. Kiah yang sedap tu depan kitorang semua... Pelahap sungguh... Tu satu, satu lagi hal Betina Gedik HAram yang bikin panas dalam facebook... haram jadah betul!!!

6. Hari tu juga aku telah menjadi mangsa bersama K. Firza kerana terpaksa dengar cerita + leteran + rungutan + umpatan K. Zah... yang mungkin juga akan jadi isi2 penting gosipan dia di kampung bersama adik beradik nya yang lain... hahahhahaaaa....


 "baik aku buat2 tidur..mesti bos ingat aku penat sangat....heheheheh"



"apa ajelah k. nes buat belakang aku ni..tengkuk aku dah sakit ni tunduk...
dah lah x bagi aku tengok kamera... "



"sumpah nes...akak letak tangan je kat bahu bob...alah..kan adik2 aku jugak.."

7. Bob @ driver kehormat MTI memang x boleh nak tongkat mata dia lagi dah.. dia telah menukar port lelap nya sebanyak 3 kali dek takut2 kalau bos ternampak dia tidur... akhirnya Norman a.k.a kekasih gelapku telah membenarkan dia parking baek punya kat bilik akaun sementara MNJ tiada dalam bilik tu. Bob tetap x mengendahkan situasi yang berlaku di sekeliling bilik tu dan sekitarnya kerana x mampu bukak mata lagi dah. Walaupun kakak yang baik hati di ofs tu menyuruh dia tidur dengan selesa kat bilik meeting dia tetap mahu juga tidur bersama Norman di bilik akaun. Apa2 jelah bob nih....

8. Satu2 nya LA Conveyancing & corpoarte kat ofis aku... Pengantin Baru - Mr Hazim. .. Sejak bergelar SUAMI ni beliau sentiasa senyum.... dan x kesah walau kena marah dengan bos sekalipun.. Sebelum2 ni beliau akan bermuka kelat bila kena marah, tapi itu semua x penting lagi buat beliau kerana sekarang ini beliau sudah ada penyejuk kepada perasaan bengkek beliau itu..x de kat pasaran nih...Beliau suka kemam mulut bila buat kerja dan pegang janggut sejemputnya tu. Mungkin itulah rahsia belaiu memikat isterinya...heheheheeee... Jangan la tertipu dengan muka baiknya dan seperti pendiam itu kerana beliau sebenarnya adalah pak lawak dan sangat nakal menyakat orang..... Dan kalau nak bercakap dengan beliau haruslah dimulakan dengan pantun. Dia juga telah memecah rekod dengan menjemput kawan seofis hadir ke majlis perkahwinannya dengan "jemput mulut" yang telah disampaikan sendiri olehnya dalam bentuk berpantun.... (Orang yang boleh jawab je boleh dtg kenduri beliau...dahsyat kan?!!!)

9. Oh lupa nk habaq.... kat ofis ni port paling hot adalah kat tempat reception sebab receptionist kat ofis aku ni memang hot mama pon.. huhuhuhuu.. kat situlah tempat Bob n Norman bercanda, tempat lepak budak2 despatch dan tempat bergosip semua orang.. mesti ada sahaja cerita baru dan gosip panas yang dibincangkan di tpt reception ni...dari pasal artis, x berapa nak artis dan memang bukan artis...


"alamak si nes ni cium tangan aku plak, kantoi plak kang bau makanan kat tgn ni.... "



kak kiah ni ikhlas ke tak ampunkan aku nih?!!!

10. Ada juga beberapa orang ofis mate aku yang telah megambil cuti pada hari Jumaat. So, hari sesi penggambaran ni diorang dah last day lah. Ada sesi bermaafan jugak lah hari tuh. Antaranya kak kiah n kak lina.. sebab tu lah bila aku soh kak lina buat sesi fotografi ni dia suka sangat, sebab dia dah memang x de mood langsung nak buat keje dah...Memang tunggu pukul 5 jer...Samalah kak kiah.. Selama ni aku tak pernak tengok kak iah hilang semangat buat kerja ..wah...!!! tapi hari tu memang dia asik letak kepala atas file jer... macam nak absorb je isi file tu... heheheeee.. slebihnya juga dia lepak kat kubu aku... melihat perkembangan terbaru si Gedik Haram...~~Ngee~~

Ni baru cerita hari Khamis... aku upload lagi nanti sebab mata aku dah nak terkatup.....


kamilah punya angkara...


Tuesday, September 15, 2009

.....LESS 3 (ganjengan di ofis yang..)

Hahahaaaaa... saja je ... skang ni aku ada kat ofis Yang..entry post baru ni guna komputer dia..
Best sungguh...!!!!

Aku saja ikut dia malam ni sebab nak amik coklat kat melah di Bangi. Yang tak bagi aku gi sesorang. Bahaya katanya..yelah kan since kejadian Tragedi Ramadhan tuh..hihihiiii.. tapi x kesahlan sebab x yah lah aku susah2 drive sesorang ke Bangi.

 
Hehehe...berangan kat kusi yang...
 
 
Ni tengah buat entry ni lah..hahahahahah..
 
Tu je nak share.....hahahaaaaa....
1. Sekejap sangat rasanya masa berlalu..Hari ni dah 24 Ramadhan...lebih kurang 8 hari je lagi nak sambut Syawal..aku x sempat buat apa2 lagi..Tahun ni aku rasa Syawal x semeriah dulu. Dengan pelbagai peristiwa yang menimpa..adoiyai... x siok sungguh.. yang paling utama adalah kerana kereta ku di workshop..beraya nek keta orang ni x best. Ye lah kan, feel dia x sama cam naik keta sendiri..

2. Baju raya tahun ni cam x de jer... walaupun ada banyak kain yang aku x hantar jahit lagi mak dah potong, tapi aku bet lah, mesti x jadi baju lagi.. Bila perkara camni jadik, aku start lah membayangkan untuk belajar menjahit..tapi ...bila aku dah masuk K4, Giant, or gi ke jalan TAR dan nampak baju kurung siap yang murah harganya dan boleh tahan designnya, maka terkuburlah sekali lagi cita2 murni aku untuk belajar jahit.. nampaknya mesin jahit mak tu sok memang diwariskan kepada adi lah..(even adi nak siapkan satu baju kurung amik masa sampai 2 tahun...hahahaha). Yang pon awal-awal lagi dah sound aku kata x mo baju raya sebab baju melayu yang elok ada 4 pasang lagi termasuk lah baju masa malam berinai dulu dan juga baju nikah. Aku pernah paksa dia pakai baju melayu hari jumaat gi kerja tapi dia x nak.. Tu sebenarnya nk soh bagi buruk lah baju tu so nanti boleh lah beli baju baru yang warna nya adalah kesukaanku,..huhuhuu..
Dah bape tahun dah ni tema asik lebih kurang...boring betul!!!

3. Kuih raya adalah salah satu lagi subjek penting bila tiba raya ni kan.. of coz lah aku awal2 lagi dah buat kuih raya ..(buat kat kertas tempahan kuih raya cik kiah..hehehehehe).. Yang sound lagi kata jgn order byk2 sbb nanti kuih raya jadi sarapan setiap hari lepas raya..hahahahahaaa.. Actually tahun lepas tat nenas terlebih order plus dengan orang kasik lagi.. tu yang setiap hari kena paksa sarapan tat nenas.. kiranya dia x mo kes tersedak kuih raya pepagi tu terjadi lagi lah... hahahhaaaaaa.. Tahun ni aku order cukup2 untuk mak n mak mertuaku sahaja.. x kosa nk order lebih2.. Lagipon, rumah aku memang x pernah ada orang datang beraya.. Biarpun dah dijemput banyak kali..jiran2 aku x pernah jejak masuk rumah aku nak beraya.. (Save lah jugak gula rumah aku...) (Macam ni punya orang pon ada kan?!!!!)

4. Cuti pon satu hal bila nak dekat raya nih.. Ofis aku cam biasa, memo tak keluar lagi.. Tapi ramai ofismate aku yang dah submit borang cuti.. Ada yang mintak half day Jumaat nih..kalau dapat lah korang... Tapi kali ni ramai yang x sambung cuti sebab cuti raya tahun ni perfect lah kiranya... Memang cukup seminggu beraya.. Tapi x tau lah jugak kan bos aku .. Kalau ada kes yang dijalankan lepas raya ke -3..heheheheeee adalah yang kena kerja ni..tapi rasanya tak kot.... (Nasib baik lah bos x banyak buat litigation matter...hehehehe) Tapi bab cuti ni yang buat kami satu ofis bengang adalah Admin & Account Manager yang macam lais...hampeh... Esok nak cuti raya baru terhegeh2 nak setel bape hari ofis nak bg cuti. dahlah tu pon kena potong cuti tahunan sekali. apa punya sistem dia ni pon aku x tau. Dahlah berkagak, bongok sikit... semua dia je yang betul..patutlah x de pompuan yang nak dia.

5. Yang paling penting ialah, duit raya / gaji.. Macam tahun ni raya adalah seminggu (lebih kurang) sebelum hujung bulan, jadi gaji kiranya dapat awallah.. Ramai orang dah terim agaji dia kerana majikan mereka maklum tentang keperluan2 yang harus disediakan sebelum balik kampung untuk beraya... Cuma aku rasalah..(aku rasa jelah ni....) ofis aku je yang bagi gaji lewat.. Sekali lagi bangang aku yang sekian kali ni aku bagi kat Admin & Account Manager aku... Kalau dah tau duit x cukup lagi untuk bayar gaji..roger lah bos... boleh buat transfer yang sepatutnya..ni ngomel kata ku n senior staff....bongok tahap cipan gendut!!!! Bila senior staff bising kat dia, dia marah bos plak.. Kalau dah bos yang nak kena buat semua, apalah gunanya dia sebagai Account Manager kat ofis tu kan?!! Aku sokong kata seorang anak staff kat sini yg masa tu tgh tercari2 tpt nk praktikal .. katanya .." mak, shira rasa elok lah Bongek (bukan nama sebenar) tu bungkus semua barang dia , letak resign letter je.. keje semua org lain buat.. dia tu asik keluar masuk opis, hisap rokok tulis cek...tu jelah keje dia..biar shira je yg ganti...." Kalau bukan adik Shira ni yg nak ganti adik aku pon boleh....*%^$#*~~!!!!!

6. Kesimpulannya, aku bengkek sebab keta x de nak raya nih, baju raya aku takde lagi sedangkan mak dah belikan baju raya untuk anak lelaki dan menantu dia, gaji x de dan cuti x confirm lagi..... Tapi lepas sedetik tadi, aku insaf dah..heheheeeee....aku tetap bersyukur juga walaupun baju raya cam x kan dapat tahun nih..(sob..sob..sob...) , keta juga tiada tahun nih... Tapi aku tetap nak rasa bengang pasal cuti n GAJI!!!

P/s: Sebab tu lah juga aku bertekad nak buat bisnes dengan bersungguh2 dan jayanya supaya aku x perlu bengang lagi dengan Admin & Account Manager aku..hahahahahaaaaaa... Doakan aku ya..AMIN!!!

Uolss yg baca.. (even 2-3 kerat je pon yg tau blog aku nih...) Aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Selamat bergembira dan sentiasa beringat dan berhati2 di jalan raya...

 
Gua rasa nk lenyek je muka Bongek (buka nama sebenar) tu!!!

Thursday, September 10, 2009

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI

GEMPAR!!!!! - I've witnessed kepada satu pembunuhan beramai-ramai... Sumpah x tipu!!!
Pagi tadi nak pegi keje aku tengok mayat bergelimpangan.. Husband aku plak tepuk tangan excited gila... Heheheheeee husband i lah pembunuhnya..


Serius..banyak gila coakcroach dalam keta yang kami pinjam.. Since we use the car, every morning we have to halau the lipasss.. and yesterday dek kerana terlampau x tahan Yang telah sembur seluruh kereta (bhgn dalam) dengan racun serangga yang telah di sponsor oleh Cik Anol... (semalam.. dengan muka penuh kebencian mereka telah berseronok menyembur racun serangga itu ke dalam bahagian kereta...)


This morning, after we collected the "dead bodies" and burried them in the plastic bag with other sampah yg ada dalam kereta..still ada yg masih hidup tp with serius injury...heheheheeee...mcm mabuk je..pastu ada yg sebelah badan cm dah kena stroke... Tu pun ada hati nk jalan dan merayap kat tengkuk Yang.. (nak balas dendam kot..) X pasal-pasal aku pon terkejut sebab tetiba jatuh atas dada aku dari atas kepala...
Yang dah nekad dah nak mengoperasi atas kereta weekend nih...


The problem is : Berdosa ker hah? Cam seksa binatang tak?Memang lah nak bagi mati lipas tu kena sembur, tapi melihat kepada muka kejam yang Yang dan Anol buat, ditambah lagi dengan dendam kesumat sebab these insects sebabkan ketidakselesaan memandu, aku rasa kesian lah plak... Yang pagi tadi siap tangkap yang jalan (yang dah nyawa2 ikan tu) then picit dia dalam gumpalan tisu...Grossss!!!


Well, the conclusion ialah... Yang and Anol specially kena bersihkan kereta secepat mungkin sebelum komuniti mereka lebih besar... Heheheheeeeee...


Dan Yang adalah orang yang sangat anti dengan binatang kecil yang terbang.. Dia boleh temper tetiba sebab nyamuk n lipass... Ntah pape...heheheheeeeee...


p/s : i'll upload the scene later..hahahaaaaa

Tuesday, September 8, 2009

........LESS 2.

Right now im awaiting for the azan to berkumandang... Nak berbuka...hari ni x masak, beli jer..Anol hari ni buka kat luar ngan client... Jadi tinggal lah kami berdua jer...

Lately, im being so lazy....so..so so lazy... Nak pegang kuali pon kalau boleh x nak. I do the cook if my Yang buat muka muak tengok makanan yang ntah pape aku n anol beli untuk berbuka, or when he suddenly said ..."Yang, hari ni abang nak makan...." senang betul jadi laki kan.. Sometimes permintaan tu boleh mendatangkan kemarahan sebab mintak pada waktu2 yang x sepatutnya... Selalunya aku rasa kesian lah.. Aku pon jadi isteri malas...hehehehehee

And lately, aku cuma nk makan pizza jer.. Tu pon x dapat... Mintak pizza dapatnya Mc D sebab Yang nak makan.. x selera langsung buka makan Mc' D...

Sebab tu lah jugak adik2 ku kakak mu ini sanggup lagi belanja korang makan kat luar eg Iftar ka BGR tu..heehhhheeee..nak spent time nagn korang berbuka sama tapi mls nak masak..boleh...huhuhuhuhuuuuu

Wah dah azan lah... Ops... Yang datang bagi kurma.... Tengkiu Yang ngok ngek...

.
.
.
Malam kang sambung balik......

BELAJAR MENYAYANGI....

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
 
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
 
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
 
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
 
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
 
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
 
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
 
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara
perlahan.
 
[ WHAT DO YOU THINK GUYS?! I THINK ALL THESE ARE HAMPEHS.....]
Aku rasa cam merapu pon yer.....betul pon iye... if lah that PERSON read this..cubalah faham yer...


Monday, September 7, 2009

SISTERS...

Saja nk share....Lets see the Ist pic...

 
1st - apa yg sama ek?
1st pic - Well, yes... we are siblings.. Hahahaaaa ...Cian adik kan.. Zairul kata dia bukan salah seorang dari kami... Aku rasa kalau tengok betul2 ada yang sama... For sure, dari dulu lagi org cakap mulut kami adalah sama.. Maybe adik punya bibir lebih seksi... heheheeeee
 
2nd - anol confirm ada tpt special untuk sangkut baju..huhuhuu
2nd pic - So, diorang ni sama ker? ANOL memang orang akan cakap adik aku ah..confirm..Tapi dari pemerhatian aku bibir dia x sama kot dengan aku n ADIK.. (heheh..malas nk mengkontreversikan bibir aku kat sini...) tapi ada jugak kot sama ngan aku..ntah lah..yang paling pasti hidung dia x sama ngan kitorang...
Haaaa....dah tau apa yg sama budak 2 orang nih... bila "merengut" memang dorang ni akan buat cebek mulut yang sama..hahahaaaa...

 
3rd - isk..bila lah nak bujur muka aku cam depa nih..hehehee
3rd pic -  Ha, tetiba je aku yang x sama plak dengan diorang...Heheheee..tang pipi jelah..aku memang champion.. "AKU KAN KAKAK" .huhuhuhu ~ngee..* (tapi aku x buli diorang malahan aku yang selalu dibuli....) -----> tandanya aku memang kakak yang baik..kan?!!!! 
Bila dah bertiga amik gambar baru lah nampak Anol ada lah bentuk hidung kitorang.. and Adik plak, tetiba nmpak hidung dia besar.. Har..ha.ha.ha.... (Pic ni nampak gak lah Adik chumel sikit....) Rambut baru dia tu cam x kena gaya kan.. Kak Kiah pon setuju dengan aku. tau!!
Saja je corat-coret... jap...uols...rerasanya kalau pipi aku kempot sikit aku iras muka sapa ek?!!heheheee

September 2018

Yeah..berakhirlah sudah cuti-cuti berangkai bulan September ni... Syok sungguh bercuti sampai rasa nk cuti terus dari bekerja.. Hehehehehe ...