OFIS DAN RAYA - PART 1

Skang ni aku dah habis shift kemas dan basuh pinggan kat dapur setelah satu hari ni ramai orang yang datang. Lagipun pagi Raya tu aku dah bangun sangat awal tolong mak masak manakala yang lain masih lena di ulit mimpi..hehehehee...just nak share sikit kisah yang x berapa best sangat lah...Tapi benda ni biasa terjadi...

Situasi satu - 2 hari sebelum cuti raya....

1. Nilah lambang kemegahan bos aku...rasanya la..nama company aku yang di lukis khas dan jadi "signboard" ofis aku.... Kalau orang datang ofis aku ni..kat pintu depan tu dah nampak lah signboard ni dr pintu tuh.. Lainnya aofis aku ni sebab bos aku x tempah sign board yang mahal2... tapi lukisan tu kalau tak silap ceritanya dihadiahkan oleh seorang kawan bos...heheheh ntah2 lagi mahal lukisan nih.....



 
aku memang selalu teringin nak amik gambar kat sini..hahahha

2. Nilah aktiviti kitorang yang memang suka amik gambar.. tapi masa ni sebenarnya semua orang dah tak mampu nak buat apa2 kerja dah kerana masing2 memikirkan baju raya, kuih raya, lomang, balik kampung dan pemikiran yang paling serius pemberian duit raya.. that include me as well....ngeee~ ye lah kan budget lari sikit tahun ni sebab Myvi ku di bengkel.... Dari recep kat depan sampai lah Cik Diego yang duduk kat ulu banat ofis aku, dekat ngan pantry tu, semua pandang file kat atas meja tu serupa juadah hari raya yang bakal menjelma..( yang ni x termasuk aku sebab bos aku memang x bagi aku can langsung berbuat sedemikian)..huhuhuu. tapi aku kan dah x de mood nak buat kerja jadi aku pon sebagai sponsor terbesar (sponsor kamera) hasut Kak Tek @ Lina Jambu merayau satu ofis (yang sememangnya hobi dia) amik gambar aksi staff yang hanya jasadnya di ofis...


                                  
"nes, kitorang amik gambar kitorang dulu...hehehehehe..peace!!!"



muka2 sememah k.zah & k. ros yg control mulut sbb asik mengunyah di bulan posa...


 "apa ajelah k.zah ni membebel nes.. kita dengar jelah..nati kang merajuk lah pulak!!! "



3. Kak Lina telah menjalankan kerja dengan jayanya..(walaupun kebanyakan nya hanya ada gambar dia saja...yang paling banyak....) Adalah 2-3 kali dia masuk  ke belakang amik gambar (sbb dia jaga depan) ..Kena cover2 sebab ada bos n 2nd partner.. masa tu bos kecik pon ada jugak, tapi kitornag ni tetap buat tak tahu jer.....

4. Kak Zah pada hari kejadian telahpun bercadang untuk cuti pada keesokan harinya, (Jumaat) kerana anaknya telah memberitahu dia pada saat2 akhir bahawa sekolah cuti pada hari Jumaat. K. Zah nak balik kampung awal kerana dah tak sabar nak bergosip dengan adik-beradik nya yang lain di kampung sambil menyediakan rendang nogori mereka yang terkenal.... Tapi short notice sangat... x apek lah dia nak cuti kecuali dia mc ataupon EL sahaja pada hari Jumaat tersebut...

5. Aku juga telah merasa bengang pada hari tersebut kerana kakak Gen-2 telah dengan selambanya makan di khayalak ramai iaitu kami ni semua... Beliau memang tengah cuti berpuasa tapi x perlulah makan kuih raya K. Kiah yang sedap tu depan kitorang semua... Pelahap sungguh... Tu satu, satu lagi hal Betina Gedik HAram yang bikin panas dalam facebook... haram jadah betul!!!

6. Hari tu juga aku telah menjadi mangsa bersama K. Firza kerana terpaksa dengar cerita + leteran + rungutan + umpatan K. Zah... yang mungkin juga akan jadi isi2 penting gosipan dia di kampung bersama adik beradik nya yang lain... hahahhahaaaa....


 "baik aku buat2 tidur..mesti bos ingat aku penat sangat....heheheheh"



"apa ajelah k. nes buat belakang aku ni..tengkuk aku dah sakit ni tunduk...
dah lah x bagi aku tengok kamera... "



"sumpah nes...akak letak tangan je kat bahu bob...alah..kan adik2 aku jugak.."

7. Bob @ driver kehormat MTI memang x boleh nak tongkat mata dia lagi dah.. dia telah menukar port lelap nya sebanyak 3 kali dek takut2 kalau bos ternampak dia tidur... akhirnya Norman a.k.a kekasih gelapku telah membenarkan dia parking baek punya kat bilik akaun sementara MNJ tiada dalam bilik tu. Bob tetap x mengendahkan situasi yang berlaku di sekeliling bilik tu dan sekitarnya kerana x mampu bukak mata lagi dah. Walaupun kakak yang baik hati di ofs tu menyuruh dia tidur dengan selesa kat bilik meeting dia tetap mahu juga tidur bersama Norman di bilik akaun. Apa2 jelah bob nih....

8. Satu2 nya LA Conveyancing & corpoarte kat ofis aku... Pengantin Baru - Mr Hazim. .. Sejak bergelar SUAMI ni beliau sentiasa senyum.... dan x kesah walau kena marah dengan bos sekalipun.. Sebelum2 ni beliau akan bermuka kelat bila kena marah, tapi itu semua x penting lagi buat beliau kerana sekarang ini beliau sudah ada penyejuk kepada perasaan bengkek beliau itu..x de kat pasaran nih...Beliau suka kemam mulut bila buat kerja dan pegang janggut sejemputnya tu. Mungkin itulah rahsia belaiu memikat isterinya...heheheheeee... Jangan la tertipu dengan muka baiknya dan seperti pendiam itu kerana beliau sebenarnya adalah pak lawak dan sangat nakal menyakat orang..... Dan kalau nak bercakap dengan beliau haruslah dimulakan dengan pantun. Dia juga telah memecah rekod dengan menjemput kawan seofis hadir ke majlis perkahwinannya dengan "jemput mulut" yang telah disampaikan sendiri olehnya dalam bentuk berpantun.... (Orang yang boleh jawab je boleh dtg kenduri beliau...dahsyat kan?!!!)

9. Oh lupa nk habaq.... kat ofis ni port paling hot adalah kat tempat reception sebab receptionist kat ofis aku ni memang hot mama pon.. huhuhuhuu.. kat situlah tempat Bob n Norman bercanda, tempat lepak budak2 despatch dan tempat bergosip semua orang.. mesti ada sahaja cerita baru dan gosip panas yang dibincangkan di tpt reception ni...dari pasal artis, x berapa nak artis dan memang bukan artis...


"alamak si nes ni cium tangan aku plak, kantoi plak kang bau makanan kat tgn ni.... "



kak kiah ni ikhlas ke tak ampunkan aku nih?!!!

10. Ada juga beberapa orang ofis mate aku yang telah megambil cuti pada hari Jumaat. So, hari sesi penggambaran ni diorang dah last day lah. Ada sesi bermaafan jugak lah hari tuh. Antaranya kak kiah n kak lina.. sebab tu lah bila aku soh kak lina buat sesi fotografi ni dia suka sangat, sebab dia dah memang x de mood langsung nak buat keje dah...Memang tunggu pukul 5 jer...Samalah kak kiah.. Selama ni aku tak pernak tengok kak iah hilang semangat buat kerja ..wah...!!! tapi hari tu memang dia asik letak kepala atas file jer... macam nak absorb je isi file tu... heheheeee.. slebihnya juga dia lepak kat kubu aku... melihat perkembangan terbaru si Gedik Haram...~~Ngee~~

Ni baru cerita hari Khamis... aku upload lagi nanti sebab mata aku dah nak terkatup.....


kamilah punya angkara...


Comments

Popular Posts