BEBAL

 

Hari ke 8 lockdown. Hari raya ke ..entah x terkira.. Macam dah habis rasanya bulan Syawal.. hahahaha.

Tahun lepas walaupun dalam PKP tapi ada lah jugak suasana Hari Raya. Tapi tahun ni akak tak rasa vibe raya tu langsung. Macam tak raya.

Sebabnya akak demam di pagi raya hingga raya ke 3. Eh, bukan symptom COVID ye guys.. Demam kerana bengkak tonsil akak ni. Kepenatan dan juga urat belikat terseliuh.

Well, kalau akak demam maka seluruh isi rumah akan demam jugak lah. Maka takdelah raya.. Dah macam mana kalau acara menghidupkan raya tu selalu akak yang buat. Bila “kepala” down maka pengikutnya akan down jugak.

Bila akak demam, x delah rendang dan nasi impit, kuah kacang dan yang sewaktu dengannya. Betul, x semestinya raya kena ada rendang, kuah kacang dan nasi impit, tapi bila raya sendiri2 berjauhan dari keluarga dan dalam keadaan PKP maka makanan2 itu sekurangnya membawa sedikit suasana dan kemeriahan Hari Raya.. Pada akak lah.

Dek kerana demam, husband akak hanya mampu tolong rebus nasi impit sahaja.. Alhamdulillah. Boleh jugak dia rebus kan.. Walaupun x berapa  cantik sangat kejadiannya tapi boleh dimakan dengan selamat, itu yang penting.

Tahun ni x beli kuih raya macam selalu. Hanya beli mana yang rasa nk makan je. Tu pon 1 jenis je. Alhamdulillah ada jiran dan kawan yang baik bagi kuih raya. Dan juga yang bagi rendang dengan lemang. Akak cuma kesian dengan Abam sebab budak2 kan suka Hari Raya. Dia siap datang kat akak yang melepek tak larat pagi raya tu tanya hari ni hari raya ke… Hahaaaaaa.. Kesian dia..

Anyways… bukan pasal raya nak cerita, tapi nak cerita perihal manusia yang tak faham bahasa. Yang sengaja jadi BODOH dan buat2 tak paham PKP dan lockdown. TAHI betul diorang ni!!!! Ni bukan pasal golongan kayangan, golongan artis atau golongan marhaen. Ni memang pasal ORANG yang tak faham bahasa.

Kadang2 akak fikir, apa yang dalam kepala diorang ni sampai sanggup langgar arahan dan SOP yang dah ditetapkan semata2 nak berpeleseran dan juga beraya dengan keluarga. Diorang tak belajar dari kesilapan ke? Tak tengok keadaan sekeliling ke? Adakah peningkatan kes dan statistik kematian yang makin bertambah dari COVID ni tak membimbangkan diorang ke? Atau sebab belum ada ahli keluarga atau kenalan rapat diorang yang kena?

Tak cukup ke perkongsian dari bekas pesakit COVID dan juga orang2 yang kehilangan ahli keluarga sebab COVID? Dan juga tak cukup ka rintihan dan rayuan frontliners sebab diorang penat dan diorang dah berbulan x dapat peluk anak2, parents, suami atau ahli keluarga diorang? Entah bahasa apa yang kena guna bagi orang BODOH ni semua faham.

Kalau dah memang kena duduk rumah sahaja tak boleh pergi mana2 dan x boleh ziarah masa hari raya, duduk jelah rumah, tak payah la sibuk nak pergi ziarah. Walaupun mak bapak korang dekat and ada ahli keluarga yang dekat2. Nak tayang baju baru ke? Nak tayang cincin, gelang raya ke? Atau nk tunjuk korang 1 family raya sedondon, tempah baju khas, atau beli baju mahal kat butik2 femes.. Phuiiiiiii kat korang. Bukan korang je ada mak bapak nak jumpa sebab rindu. Orang lain yang duduk diam kat rumah dan patuh SOP tu pon ada mak bapak lah. Semua orang dok tahan perasaan dan keinginan nak balik jumpa mak bapak. Jangan selfish sangat please!!

Akak dan orang2 yang patuh arahan ni bertungkus lumus dan berusaha nak kecilkan jumlah kes harian. Tapi sebab orang tak de otak macam korang nilah yang membuat kan kitorang fedup. Lebih2 lagi doctors dan nurses.

Hilang sabar mengenang kebodohan diorang!! Bila marah2 macam ni buat akak jadi lapar tau!

Haih..Nasi baik la hari semalam kes dah makin menurun, tp masih membimbangkan jugak sebab masik 4 angka.

Mohla kita doa agar kes makin turun, jd 3 angka, lepaih tu 2 angka, lepas t uterus xde angka.. Letih tau tahan rindu nak jumpa mak pak dan family yg lain…

Korang jgn degil2 nak keluar x tentu hala ye, dok rumah diam diam, habis kan masa yang ada dengan family korang dan juga banyakkan baca quran ye.. Jgn lupa doa sama tau.

Ok lah, akak nk pi makan nasi lemak sambal kerang.. jom ah …


Love;

Akak gojes yang rindu mak pak nya… uhukkuhukkkk

 

Comments

Popular Posts