Friday, November 21, 2014

PERKONGSIAN RASA

Emm. Pernah tak korang rasa macam dada nak pecah, tak boleh nafas then macam ada something yang menghimpit korang saat berdepan dengan seseorang or berdepan/menghadapi sesuatu keadaan?(Korang paham kan ayat aku tu?)

Well, aku merasakan itu sejak akhir2 ni. Sebab apa? Entahlah.. Kurang pasti.. Hihihihi

Aku hanya boleh mengadu pada DIA.. 

Tahap sabar aku memang tak berapa bagus. Tapi selagi mampu aku sabar. Tak pasti sampai bila lah kan.. Tapi aku cuba. Manusia biasa kan.. Sampai satu tahap tembok kesabaran tu akan pecah jugak..

Dugaan ni paling tough ni.. fuhhh!! Macam 2014 challenge.. kekekekkeee.. 

Korang tolong doakan aku jadi wanita waja..supaya tabah nak tempuh 2014 challenge ni ok. 

*Kalau jadi power rangers pink tu boleh jadi kuat tak nak lawan dugaan?!! Hihihihihi


Monday, November 17, 2014

WHAT THE HELL?!!

Ini adalah sambungan entry yang lepas... Pagi aku dah dapat berita rumah masuk maling.. Bila aku balik rumah petang tu.. hujan turun dengan lebatnya sampai ERL yang aku naik berenti 3 kali. X nampak laluan katanya.

Itu satu hal lah.. bila aku masuk dalam rumah, Mak Bai (adik ipar yg jaga Tancum) tunjuk ada bocor kat ruang tamu... Dia dah tadah dengan besen.. Tetiba aku x puas hati dan suruh adik En, Suami (yang tinggal dengan kitorang sebab dia kursus kat KL 2 minggu.) naik atas tengok bilik yang dia duduk tu bocor ke tak...

Tak sampai seminit dia naik dia dah jerit... BILIK BANJIR!!! Adoii.... Rasa nak copot jantung dengar.. (Dalam hati dah menyumpah budak mentenen yang baiki rumah awal2 dulu..)

Bila aku naik atas betul2 keluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dari mulut aku..  Mana taknya Aku ingat lagi masa first sekali budak mentenen datang nak baiki rumah sebelum kitorang pindah masuk. Dalam report memang dah cakap lah bumbung bocor. Sebab masa buat inspection rumah tu ada serpihan bumbung yang dah jatuh bawah.. Masa tu semua plug dalam rumah x leh pakai.. Lepas dia dah baiki semua plug adik aku tanya bumbung bila nak ganti plak.. Ni conversation diorang

A : Yang bumbung tu camne bang, bila nak ganti?
BM : Bumbung tu kita tengok nanti bila hujan bocor ke tak.. kalau bocor baru kita ganti
A : Kalau camtu susah lah kitorang nanti bila dah bocor..
BM : (keluar kan kepala kat balkoni tengok bumbung tepi yang bocor tu) Ni ok lagi ni..

Shilaka kan?!!

Malam tu jugak En. Suami call bos dia mintak no bos mentenen. Lepas dah call dan wassap gmabr bilik banjir tu kitorang tgu lah untuk budak2 hampeh  tu datang baiki..

Hari Isnin aku balik Mak Bai kata x de budak mentenen datang pon. Bilik tu memang banjir lagi sekali sebab tengah hari tu hujan lebat gila2. Air dah nak mengalir sampai tangga pon. En, Suami kol lagi bos mentenen tu. Dia janji uk hantar budak hari Rabu.

Well, aku memang dah terdetik dalam hati ni budak mentenen x kan datang hari Rabu.. yelah bab tabir janji ni memang depa terer.. Yes...!!! 100 markah uk aku! Memang dia tak datang pon.. bila aku tanya En. Suami.. dia kata bos mentenen mintak maaf.. Rabu jadual penuh..terpaksa pospon Khamis..

Aku dah x boleh sabar sebab hujan lebat hari2... basah pon hari2 kat bilik tu.. kesian Mak Bai nak mengelap..nak jaga Tancum lagi.. kan.. Aku nak msg sendiri bos mentenen tu...Tp En. Suami x bagi aku kol/msg.. Apsal plak..kan?!!

Aku diam2 amik fon En. Suami..nak tau sapa bos mentenen dia.. Woooo..lagi aku menyirap..pttlah boleh sabar lagi En. Suami.. bos mentenen tu POMPUAN... diulangi.. POMPUAN... Eiiii... kecik besar je aku tengok En. Suami tau..

Ok.. sedikit penerangan uk korang. bukan sebab aku jeles sangat ok.. tapi aku geram dan x boleh blah sebab kenapa kalau bos mentenen tu POMPUAN kau nak kena cakap leklok dan bersabar dengan dia.. naik lemak lah POMPUAN tu kalau camtu.. Sekali delay x per.. masalahnya delay 2 kali.. Hal besar ok.. bukan kecik punya hal..

Aku berjaya hantar msg kepada bos mentenen tu dan Khamis tu Mak Bai kol aku bgtau memang ada mentenen datang.. dan En. Suami pon kerja half day untuk monitor kerja2 budak mentenen tu.. Ganti kunci pada semua grill dan betulkan bumbung... Ok..DONE.

Tapi tulah kan.. budak mentenen ni memang hampeh.. dia janji nak datang balik untuk cat balik siling bilik tu.. sebab warna dia dah macam bekas kucing beranak.. peta duani apa ntah terlakar kat situ.. sampai hari ni.. x de apa pon... memang tak lah... Owh yer..aku ada terbaca this one msg dr bos mentenen tu kat En. Suami.. mungkin budak2 mentenen ni macam malas buat kerja diorang sebab kontrak dah nak habis.. kepala hotak!! mana polisi plak kalau kontrak dah nak habis ko tak payah buat kerja..

Sampai hari ni waktu ni aku post ni. x de maknanya diorg datang balik uk cat, or betulkan jamban aku yang tersumbat.. or betulkan pintu depan yang dah x boleh nak tutup sampai En. Suami kikis pakai pisau... macam jahanam!

Aku nak gunakan saluran yang betul untuk buat aduan, tapi En. Suami kata nanti ada implikasi.. Hah?!!! tetiba aku dengar ada orang cakap kat aku "TULAH UNDI BN LAGI.."

Lagi sekali... HAH?!!!!!

AKU DAH NAK TUKAR HIJAU DAH WEIII!!!


Friday, October 24, 2014

MASUK MALING

Maling tu apa?! Nak tau baca sampai habis...

Hari ni aku masuk kerja dapat berita.. Adik call bagitau cash, handphone dan tab dia dan wifenya hilang..

Malam semalam kami semua keluar bawak Tancum main motor kat dataran.. Kebetulan anak angkat mak yang tenggelam timbul tu datang rumah aku.. So kami bawak lah dia minum2 kat luar sambil bawak Tancum makan angin malam.. kekeke

Masa balik semua benda ada lagi. Pagi tadi masa adik nak pergi kerja dah tak de. Yang pelik pintu semua kunci dan rumah tak bersepah.

Maka adik dan En. Suami pergi buat laporan polis sebab En. Suami start syak yang maling sudah masuk rumah kami, Surprisingly,, polis bagitau  ada rumah sederet dengan rumah aku pon kena juga. Dan yang lebih buat aku terkejut, polis bagitau kebanyakan gril rumah kat kawasan aku tu boleh dibuka dengan kunci yang sama..

Apakah?!!! Biar betik!!! tak selamat lah kiranya kawasan rumah aku tu..  

Dah tau keadaan x berapa ok kat situ polis pon malas buat rondaan..apalah!! Nak post kat fb kompem kang ramai x puas hati nak2 bini polis.. heheheheh... Adoiyai... Semoga Allah melindungi aku dan keluarga ku.. Malaysia dah kurang selamat ek..

*Dah tau maling tu apa...ok.


Babai..


Thursday, October 23, 2014

Tahniah untuk aku sebab berjaya akhirnya hari ni menulis blog... Padahal kerja tengah melambak nak mati. (nampak tak ke"busy"an aku?!!)

Owh untuk fasa akhir tahun ni.. kehidupan aku dah berubah sikit.. Pindah rumah lain, suasana rumah lain dan aktiviti kerja aku lain.. Heheheh.. Jangan salah sangka bukan tukar kerja cuma job scope lain sket.. Lain sikit jer..

Lagipun sejak pindah ke Putrajaya ni, aku berkejar2 an dengan ERL dan STAR LRT.. Ha..kau mampu nak kejar2 dengan train?!! Kekekekeee... Kurus ibu jari kaki mak tau!!

Skang ni betul2 12 jam aku x berada di rumah. Sacrifice untuk orang yang aku sayang.. Ewahhhh... Sebelum ni En. Suami balik rumah je layu..lembik penat sebab long hours dalam keta..ditambah perisa dengan JEM lagi kan... Memang kesian.. Skang ni aku plak la.. Cumanya aku tak drive dan tak bergelumang jem.. Cuma kena berasak-asak sikit di waktu petang dlm ERL. (nasib baik mak besar tau uolls... senang sket nak cantas orang supaya mak dapat masuk dlam tren.. kekekekek)

Setakat ni aku masih mampu bertahan dan rasa selesa.. (Baru sebulan je pon!!) Tunggulah sok sok kalau aku dah tak tahan, En, Suami kena lah tanggung aku sepenuhnya. Muahahahaaaa....

Sebab aku kadang-kadang rasa cam terkilan dan sedikit menyesal tak dapat tengok Tancum aku membesar sepenuhnya depan mata aku... He has turned 2 last July. Sampai skang ni hari2 ada benda baru yang dia belajar dan share dengan aku.. Indahnya perasaan itu kan?!!!

Jadi sekarang ni tengah tengok2 peluang lain untuk menambah baik kehidupan akan datang dan juga supaya Tancum boleh membesar depan mata aku... Doakan aku.. ada dah yang tunjukkan jalan.. Tapi aku belum sepenuhnya , belum sebulat hati dan fikiran buat keputusan.. (Ye saa mmg lambat sket!!)

Well, that is all for today... Harap2 dapat masa senggang begini untuk update cerita gembira ajer dengan orang yang sudi baca...

Chiowww!

Tuesday, May 6, 2014

LAGU BUAT ANAKANDA ALIF....



Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

IBU SAYANG ALIF... 


September 2018

Yeah..berakhirlah sudah cuti-cuti berangkai bulan September ni... Syok sungguh bercuti sampai rasa nk cuti terus dari bekerja.. Hehehehehe ...