EMOSI


Pejam celik raya nak mai dah..Just around the corner.. dah dok intai2. Abam dah mintak baju melayu baru hari tu sebab baju melayu lama dia dah senteng.

Walaupun akak x de mood nak raya sangat tapi layan kan aje lah. Baju raya abam dah setel. Sambil beli juga seluar untuk abam pakai harian punya. Cepat sungguh dia meninggi musim PKP ni. Hahahhahaa

Selalunya waktu2 macam ni dah sibuk make sure kuih raya dah ada dah.. sibuk dah kira cuti nak amik berpa hari, kira berapa duit raya nk bagi , nak masuk dalam sampul, dah sibuk carik tudung nak bagi matching dengan baju raya, nak decide pukul berapa nk gerak, dah sibuk2 clear kan rumah.

Tapi tahun ni, biasa biasa aje. Semua benda malas belaka nak buat. Abam dah bagi list kat ibu kuih raya yang dia nak makan. Bahan dah beli tapi masih x buat lagi.

Hari tu dah sekolahkan diri sendiri jangan nak emosi sangat tak boleh balik raya dengan family. Dah ter’psycho’ jugak lah , x sedih. Tapi bila asik keluar lagu raya kat radio cair lah pulak.

Ye akak tau ni sementara sahaja. Ni semua supaya keluarga kita yang tersayang tak terdedah dengan CORONA VIRUS yang jahat tu. Supaya semua keluarga selamat. PM pon dah bagitau kalau keadaan reda dah nanti boleh berkumpul. Tau..

Tapi kalau dah nak emosi nak buat camne..kan??.nak luah jelah..bukan nak merempan mintak nak balik kampung jugak pon.

Ok lah, nak nangis tepi bucu jap. Korang jangan kecam akak kata ngada2 eh..!!! 
Lepas tu jangan galak sgt beraya 1st day tu. Elok duduk rumah diam2 je.!!
Akak pon x terima tetamu raya ni.

Bai.

Akak gojes yg cewek.

Comments

Popular Posts