RARE

Assalamualaikum kesayangan semua... Rare kan intro.. (poyo!)

Ecehh..macam ramai je yang baca.. Salam Ramadhan Kareem.

So camne korang mengharungi fasa PKP ni? Cmne pon yang korang buat, yang penting jaga diri, duk rumah , x yah menggatal nak kesana sini walaupun kelonggaran bersyarat PM dah bagi. Rare kan tahun 2020 ni...

Akak ok lagi... walaupun mental nak koyak sket lagi.. Hahhaaa.. Nasib baik ada Abam. Actually banyak benda akak belajar dalam tempoh PKP ni. Rare jugak ni sebab akak boleh belajar banyak benda .. Hahahahahahaha

Selain dari pupuk kesabaran lebih tinggi nak melayan kerenah Abam, bonding kami lebih erat. Bukan lah x erat sebelum ni. Abam memang lah rapat dengan akak, tapi bila 24 jam sehari menghadap dia , melayan dia bonding tu lagi kuat la..

Walaupun kadang2 Abam yang bosan layan ibu dia.. Hahahaaaa.... Well, akak rasa aktiviti yang akak rancang dan buat tu boleh mengisi masa kami berdua (mostly abah mmg x join sbb sibuk kerja). Tapi rupanya ada yang buat Abam bosan.. Hahahaaaaa... Nasib kolah anak..

Tapi Abam ni pandai reverse psychology. Mungkin menurun kepandaian akak.. (ibu selalu memang nak kredit lebih..hew hew hew. yang ni x rare la...sbb ibu mmg begittew...hew..hew..hew...). Lepas dia dah dengan sabar mengikut nonong aktiviti ibu yang dia rasa bosan tu, dia pujuk kita plak ikut aktiviti dia...

Sebab akak nk nampak akak ni sebagai ibu yang adil, maka akak ikut kan jugak... Ambik kau, akak kena jadi gunung, jadi zombi, jadi polis jadi penjahat, jadi bukit, jadi pokok, jadi rollerkoster, jadi makcik, jadi chef, jadi hijau.last skali bila permintaan dia melampau.. Hahahahahahaaa..

Dan akak tak sangka akak ada bakat pelbagai.. Kalau tak , tak kan lah boleh jadi watak2 di atas kan?. haahahha. Dan paling still kenot brain macam mana akak boleh jadi rollerkoster.. ish... Rare sungguh!

Selain itu, skill memasak yang dah berkarat tu pon jadi bertambah baik.. hahahaha.. Dulu akak rajin masak, lepas tu M datang, x balik2. Hah, agak berkarat skill masak ku.. Bukan lah terel no, tapi ok lah sebab bukan lauk sama hari2. Kah kah kah kah

Tapi satu ni memang terkesan di hati. Akak dan Abam banyak sembang heart to heart. Jangan ingat budak2 umur macam Abam ni x pandai luah perasaan ye. Rasanya lagi elok kalau Abal bercerita dan luahkan perasaan dari dia pendam dan rasa takut nak bercerita kan..

Abam banyak kali sebut, seronok bila ibu kat rumah 24 jam. Kalau PKP dan habis ibu kat rumah boleh masak. Alif x payah salin baju kat sekolah, ibu amik Alif balik sekolah, lepas tu suap Alif makan kat rumah, mandikan lepas tu hantar pergi KAFA. Petang ibu ambik Alif balik KAFA, minum petang, lepas tu ibu tak penat la malam nak ajar Alif buat homework, nak masak lagi. Rare sungguh cara dia menyampaikannya kepada akak...

Owhh...berkaca2 mata akak bila Abam cakap macam tu.. InsyaAllah Abam... doalah untuk ibu...

Aduiii... nak cerita kat korang semua banyak lagi.. Tapi nanti la sambung.

Abam dah datang menempel sibuk baca apa akak type ni.. xpe.. nanti bila Abam dan besar Abam boleh baca..semua ibu simpan kat sini untuk Abam.

Ok lah, got to go. Abam dah sediakan watak untuk akak hari ni.

Korang, sekali lagi akak nak pesan, jangan sibuk berjalan2, pergi shopping bagai, jaga keselamatan dan kebersihan diri, hand sanitizer jangan lupa bawak kemana2, cuci tgn selalu, duduk rumah je.

Semoga kita boleh lawan COVID19 dan bebas.

Rasa cam rare je post kali ni... Hahahah... Papelah..janji x mace hare!

Nanti sambung lagi.janji!

Love,

Akak Gojes.






Comments

Popular Posts