Surat Buat Budud

Entah..aku tak tau pada sapa aku nak cerita , pada sapa aku nak ngadu...

Aku tau Dud, ko tak mungkin boleh baca luahan hati aku ni seterusnya. Tak mungkin dah ko akan reply balik dengan kata2 semangat macam selalu. Pedih...Tapi aku terima..

Tapi aku rasa ni cara terbaik untuk aku luahkan semua yang ada dalam hati ni..

Entah lah kenapa kebelakangan ni aku teringat sangat kat kau. Aku mengaku ada masa aku sibuk dan aku lupa kirim doa dan fatihah buat kau. Aku penat sangat. Sebab tu ke kau datang ingatkan aku??

Ya allah aku rindu sangat.. rindu pada kata2 semangat dan dorongan dari kau. Kau tau celah mana nak bakar balik semangat aku yang luntur..

Memang aku selalu lekehkan kau sebab kau muda lagi dari aku. Aku suruh kau panggil aku kakak. sebab aku rasa aku lagi tua dr kau dan aku tau banyak benda..kononnya lah... Tapi kematangan kau buat aku respect pada kau dud.

Pandangan kau pada sesuatu perkara berbeza. Kau tengok semua benda dari persepsi berbeza. Kalau aku tengok sesuatu hanya ada satu benda, tapi kau boleh bg 10 benda pada sesuatu yang aku tengok tu... Kau selalu berfikir luar kotak. Benda yang kau cakap mcm merepek tapi ada kebenaran.

Kau selalu cakap kat aku, pikir 2 langkah kedepan, jangan pikir apa ada kat depan aku je ... Kau betul, sebab aku jadi lebih bersedia.. Terima kasih untuk itu.

Dud, aku rasa tak de orang yang ada kenangan perkenalan macam kita. Kelakar.. Aku tak sangka kau orang yang penuh warna warni. Aku ingat kau 'nerd'. Hahahaa.. Itu titik permulaan pada persahabatan kita yang orang tak kan faham.. Betul tak???

Dan aku tak sangka aku jadi pendorong pada kejayaan kau kt sekolah. Terima kasih kerana buat aku rasa istimewa sebagai sahabat dan org paling akrab untuk kau. Well at least aku yg lebih tua dr kau ni ada jugak tunjuk contoh yang baik sampai kau idolakan aku.. keh keh keh keh.....

Ni benda2 yang kita gelakkan masa kita dah belajar kat U kan.. sebab masa dh masuk U ko bgtau aku ko pon nk masuk U cam aku jugak...

Sumpah aku rindu semua tu..rindu nak meronggeng, nak lepak kat Sunway, nak celebrate birthday sama2...nak bincang masalah dunia.. nak kongsi cerita dan hakikat dunia....Allahuakbar..!!

Aku akui aku menyesal sebab aku berenti tulis surat pada kau. Tapi aku rasa tak kan dapat balasan kalau aku hntar surat sebab sejak ko dapat beli henfon sendiri dulu, memang tak de dah surat dari kau. Sebab Cakap kat hp lagi senang uk kau.. kan...

Dud, betul macam kau ckp selalu...kalau ada masalah kita bincang, duduk mintak pendapat, wlwpun x dapat penyelesaian yang bagus, tapi buat aku lega dan aku boleh berfikir dengan tenang dan lebih waras untuk selesaikan masalah...Tapi sekarang aku rasa pincang sikit.. Betul ...aku ada 'SEPARUH NYAWAKU' disisi.. Aku ada Din, Masa kau ada, dia pelengkap.. Dan aku rasa kuat.. Tapi bila kau tinggalkan aku.. separuh semangat aku kau bawak sekali... 

Dud, lepas kau tak de.. aku pegang slogan feveret kita.. :

' NO PAIN NO GAIN, START EACH DAY WITH A SMILE ON YOUR FACE  AND A SONG IN YOUR HEART'

Tapi dud, kadang2 senyum tu hilang dan hatiku berlagu sayu....

Dud, aku redha kau pergi. Orang2 baik Allah ambik dulu bawak balik. Aku je tak tau nasib macam mana, Tapi aku janji Dud, aku akan berusaha jadi baik macam kau.. dan aku janji, aku akan doakan kau. Jangan lupa aku Dud.

Ya Allah, semoga kau angkat darjatnya, ampunkan dosanya dan tempatkan dia dikalangan hamba mu yg soleh.. Ameen.

Aku sayang kau Budud.. lillahi Taala..


Comments

Popular Posts