MENCIK MERECIK!
Cerita #1
Aku cakap pada En. Shuben..aku mungkin terkena sumpahan tangga dan air sebab setiap kali aku mmg akan jatuh atau tergolek bila lalu kat air atau tangga... En. Shuben sound aku :"belajar tinggi2 sampai U tapi kurang cerdik jugak.. itu bukan sumpahan itu namanya "CLUMSY".... cehhh!!!
Cerita #2
Jumaat lepas balik kg naik bas jugak . Bas pukul 5pm. aku gigih keluar pukul 4pm dr ofis.. bajet sampai TBS tinggal turun bawah dan naik bas.. aku pon banyak kali pesan dekat En. Shuben jgn naik ERL lebih dr pukul 3.30.pm takot tak sempat sampai TBS. Sebab timing ERL dah berubah. Lagipon masa tu bukan peak hour.
En. Shuben ngam sampai kat TBS dalam pukul 4.15pm. Aku masih dalam tren. LAIS sungguh kerana tren problem plak ptg tu. Dah lah asik tren ke Ampang je yang lalu. Dapat tren ke Putra Heights jslan macam siput plak. Tersenggut2...lepas tu berenti lama dekat every station. Lepas dari Chan Sow Lin baru dia jalan dalam kelajuan biasa... Phewww..... Bayangkan aku sampai kat TBS lagi 4 minit bas nak berlepas. Dengan nak mengelak orang ramai , nak panjat tangga dan nak berlari sampai kat bus adalah memerlukan tenaga dan kudrat yang banyak.. Aku dengan kaki terkehel sebab sumpahan tangga tu.. (hehehehehehhee) dan lemak yang banyak di badan dan dengan dah lama tak berlari..adalah mustahil nak smpai tepat pada masa nya..
Tapi aku gigihkan jugak sebab En. Shuben kata dia dh tahan bas.(propa mak enon!!) .. Aku tak tau sapa aku langgar..sapa yang aku tolak, sapa yang jatuh..mmg aku lari sekuat hati..dengan nafas mcm nak putus tu... Ajaib!! Kaki x rasa sakit, dan aku sampai betul depan muka pemandu bas tu pukul 5pm. Driver bus cuma tunjuk thumbs up kat aku bila aku ckp sorry...
Aku tak bercakap dekat 5 minit cari nyawa yang macam nak terbang..Bila aku cakap kt En. Shuben aku tak sangka aku boleh lari laju cam tu ..macam lemak aku dah jatuh masa lari... dia jawab.. sbnrnya aku lmbat 5 min. Jam kat tbs tu dah 5.05pm masa aku smpai kat pintu bus tu.. dan lemak yang jatuh tu cuma lemak kat jari kaki aku je... Eiiiii...rasa nak hempuk!!!!
Kesimpulan
Nampak tak permainan En. Shuben di situ....Marah betul aku dengan dia... Mencik merecik!!!!
Ok tu je nak bagitau!! Babaiii
Comments
Post a Comment