RAMADHAN TERBAIK!!

Alhamdulillah... syukur ke atas nikmat Allah.. Betul kata mak, rezeki yang tuhan nak bagi datang dalam pelbagai rupa. Bukan setakat wang ringgit..

Aku bersyukur sangat. Kegembiraan hati yang tak dapat diluahkan. Biarpun rezeki dan kegembiraan ini datang siap pakej tanggungjawab yang akan dipikul nanti, aku tetap rasa gembira. At first En Suami agak tergamam dan terkejut tapi sekarang dia juga turut teruja.. Lagipon ini memang keputusan yang kami buat bersama.

Dan aku juga sangat bersyukur kerana En. Suami adalah suami ku. Pengertian En Suami sangat mengharukan. Kadang-kadang aku rasa dia tak pedulikan kau, tapi ternyata setiap apa yang dilakukan untuk aku boleh buat hati tersentuh dan rasa nak peluk dia puas-puas dan tak nak lepas. Heheheheee..

Apapun aku harap semua doakan aku yang terbaik ok. Dan insya-Allah aku akan share dengan korang semua kegembiraan aku nih... hihihiiii......

Sesungguhnya ini adalah Ramadhan paling bermakna buat aku dan En. Suami.

Comments

Popular Posts