Tahniah untuk aku sebab berjaya akhirnya hari ni menulis blog... Padahal kerja tengah melambak nak mati. (nampak tak ke"busy"an aku?!!)

Owh untuk fasa akhir tahun ni.. kehidupan aku dah berubah sikit.. Pindah rumah lain, suasana rumah lain dan aktiviti kerja aku lain.. Heheheh.. Jangan salah sangka bukan tukar kerja cuma job scope lain sket.. Lain sikit jer..

Lagipun sejak pindah ke Putrajaya ni, aku berkejar2 an dengan ERL dan STAR LRT.. Ha..kau mampu nak kejar2 dengan train?!! Kekekekeee... Kurus ibu jari kaki mak tau!!

Skang ni betul2 12 jam aku x berada di rumah. Sacrifice untuk orang yang aku sayang.. Ewahhhh... Sebelum ni En. Suami balik rumah je layu..lembik penat sebab long hours dalam keta..ditambah perisa dengan JEM lagi kan... Memang kesian.. Skang ni aku plak la.. Cumanya aku tak drive dan tak bergelumang jem.. Cuma kena berasak-asak sikit di waktu petang dlm ERL. (nasib baik mak besar tau uolls... senang sket nak cantas orang supaya mak dapat masuk dlam tren.. kekekekek)

Setakat ni aku masih mampu bertahan dan rasa selesa.. (Baru sebulan je pon!!) Tunggulah sok sok kalau aku dah tak tahan, En, Suami kena lah tanggung aku sepenuhnya. Muahahahaaaa....

Sebab aku kadang-kadang rasa cam terkilan dan sedikit menyesal tak dapat tengok Tancum aku membesar sepenuhnya depan mata aku... He has turned 2 last July. Sampai skang ni hari2 ada benda baru yang dia belajar dan share dengan aku.. Indahnya perasaan itu kan?!!!

Jadi sekarang ni tengah tengok2 peluang lain untuk menambah baik kehidupan akan datang dan juga supaya Tancum boleh membesar depan mata aku... Doakan aku.. ada dah yang tunjukkan jalan.. Tapi aku belum sepenuhnya , belum sebulat hati dan fikiran buat keputusan.. (Ye saa mmg lambat sket!!)

Well, that is all for today... Harap2 dapat masa senggang begini untuk update cerita gembira ajer dengan orang yang sudi baca...

Chiowww!

Comments

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!