Awangan Indot.. (apa pon tak boleh.......)

Aku selalu berkata kepada diri aku sendiri supaya aku tak lupa kat mana aku berdiri dan tanah mana yang aku pijak. Aku paling takut kalau jadi orang yang lupa diri. Tapi kadang-kadang perkara  yang bila kita buat ikut perasaan dan akal yang pendek, memang akan buat kita lupa mana kita berdiri dan tak nampak tanah dah.. Sebab dah terawang-awang...

Pada pandangan aku yang tak berapa nak lurus nih..(hehehehee) ikut logik aku lah, ada setengah "terawang-awang " ni bagus .. tapi most of them adalah BURUK.

Lately ni, aku dah terjebak. Aku agak lupa mana aku berdiri dan aku betul-betul berada di awangan. Rasa itu memang seronok. Tak dapat nak digambarkan selesa, bahagia dan nikmat. Sumpah, memang mengasyikkan!! Aku jadi lupa pada semua. Sungguh aku alpa seketika. Dan ketika itu aku sumpah berharap agar aku terus merasakannya.

Apa yang buat aku lupa tu tak yah aku cerita, sebab itu tak penting. Lagipon banyak benda yang boleh buat kita jadi lupa diri. Opss.. jangan salah sangka, ni tak termasuk rasa BAHAGIA bersama dengan En. Suami. Itu "awangan" yang pasti... Tidak syak lagi... Tapi yang aku nak cerita ni tak de kena mengena dengan En. Suami ye...

Berbalik kepada awangan palsu aku tu.. Memang masa tengah merasakannya cam mabok.. Macam amik dadah gamaknya... Ketagih.... Setiap saat kalau boleh kau nak merasakannya... Rasa perasaan itu lah.. Bukan rasa lain yer.... aku pon jadi macam tu.. Aku rasa aku tak boleh nak buat benda lain dah.. Memang itu je yang aku tujukan dulu... Masa tu memang la aku rasa dunia ni aku yang punya. Aku dah tak peduli semua disekeliling... Apa orang nak kata.. Bukan hal aku dah masa tu...

Tapi bila aku tersedar, aku jatuh dari "awangan" aku tuh, rasa SAKIT itu lebih teruk... (tak jatuh cam nangka busuk yer...) sampai aku dah tak boleh nak ingat macam mana rasanya nikmat, selesa dan bahagia masa di "awangan " dulu... Malah rasa sakit dah pedih tu terus aku rasa sampai sekarang! Sampai jadi mimpi ngeri aku dalam tido... Dahsyat!!! Masa ni barulah aku sibuk nak cari balik tanah yang aku pijak dulu.. Kat mana aku berdiri... Nasib baik aku jumpa tempat aku berpijak....

Fuhh, nasib baik aku jumpa. Dan bila aku teliti tempat aku berpijak tu lebih menyamankan dan lebih terasa kebahgiaannya. Maknanya masih ada peluang untuk aku betulkan kesilapan.. Aku harap sangat aku tak lupa lagi tempat aku. Dan semoga aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan lebih mengharagai apa yang aku ada. Takut-takut nanti yang ada ni pon melepas... Kalau dah melepas memang melopong lah... Dan juga semoga dengan apa yang aku buat orang pon akan lebih menghargai aku... Insya-Allah.....

Comments

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!