WHAT THE HELL?!!

Ini adalah sambungan entry yang lepas... Pagi aku dah dapat berita rumah masuk maling.. Bila aku balik rumah petang tu.. hujan turun dengan lebatnya sampai ERL yang aku naik berenti 3 kali. X nampak laluan katanya.

Itu satu hal lah.. bila aku masuk dalam rumah, Mak Bai (adik ipar yg jaga Tancum) tunjuk ada bocor kat ruang tamu... Dia dah tadah dengan besen.. Tetiba aku x puas hati dan suruh adik En, Suami (yang tinggal dengan kitorang sebab dia kursus kat KL 2 minggu.) naik atas tengok bilik yang dia duduk tu bocor ke tak...

Tak sampai seminit dia naik dia dah jerit... BILIK BANJIR!!! Adoii.... Rasa nak copot jantung dengar.. (Dalam hati dah menyumpah budak mentenen yang baiki rumah awal2 dulu..)

Bila aku naik atas betul2 keluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dari mulut aku..  Mana taknya Aku ingat lagi masa first sekali budak mentenen datang nak baiki rumah sebelum kitorang pindah masuk. Dalam report memang dah cakap lah bumbung bocor. Sebab masa buat inspection rumah tu ada serpihan bumbung yang dah jatuh bawah.. Masa tu semua plug dalam rumah x leh pakai.. Lepas dia dah baiki semua plug adik aku tanya bumbung bila nak ganti plak.. Ni conversation diorang

A : Yang bumbung tu camne bang, bila nak ganti?
BM : Bumbung tu kita tengok nanti bila hujan bocor ke tak.. kalau bocor baru kita ganti
A : Kalau camtu susah lah kitorang nanti bila dah bocor..
BM : (keluar kan kepala kat balkoni tengok bumbung tepi yang bocor tu) Ni ok lagi ni..

Shilaka kan?!!

Malam tu jugak En. Suami call bos dia mintak no bos mentenen. Lepas dah call dan wassap gmabr bilik banjir tu kitorang tgu lah untuk budak2 hampeh  tu datang baiki..

Hari Isnin aku balik Mak Bai kata x de budak mentenen datang pon. Bilik tu memang banjir lagi sekali sebab tengah hari tu hujan lebat gila2. Air dah nak mengalir sampai tangga pon. En, Suami kol lagi bos mentenen tu. Dia janji uk hantar budak hari Rabu.

Well, aku memang dah terdetik dalam hati ni budak mentenen x kan datang hari Rabu.. yelah bab tabir janji ni memang depa terer.. Yes...!!! 100 markah uk aku! Memang dia tak datang pon.. bila aku tanya En. Suami.. dia kata bos mentenen mintak maaf.. Rabu jadual penuh..terpaksa pospon Khamis..

Aku dah x boleh sabar sebab hujan lebat hari2... basah pon hari2 kat bilik tu.. kesian Mak Bai nak mengelap..nak jaga Tancum lagi.. kan.. Aku nak msg sendiri bos mentenen tu...Tp En. Suami x bagi aku kol/msg.. Apsal plak..kan?!!

Aku diam2 amik fon En. Suami..nak tau sapa bos mentenen dia.. Woooo..lagi aku menyirap..pttlah boleh sabar lagi En. Suami.. bos mentenen tu POMPUAN... diulangi.. POMPUAN... Eiiii... kecik besar je aku tengok En. Suami tau..

Ok.. sedikit penerangan uk korang. bukan sebab aku jeles sangat ok.. tapi aku geram dan x boleh blah sebab kenapa kalau bos mentenen tu POMPUAN kau nak kena cakap leklok dan bersabar dengan dia.. naik lemak lah POMPUAN tu kalau camtu.. Sekali delay x per.. masalahnya delay 2 kali.. Hal besar ok.. bukan kecik punya hal..

Aku berjaya hantar msg kepada bos mentenen tu dan Khamis tu Mak Bai kol aku bgtau memang ada mentenen datang.. dan En. Suami pon kerja half day untuk monitor kerja2 budak mentenen tu.. Ganti kunci pada semua grill dan betulkan bumbung... Ok..DONE.

Tapi tulah kan.. budak mentenen ni memang hampeh.. dia janji nak datang balik untuk cat balik siling bilik tu.. sebab warna dia dah macam bekas kucing beranak.. peta duani apa ntah terlakar kat situ.. sampai hari ni.. x de apa pon... memang tak lah... Owh yer..aku ada terbaca this one msg dr bos mentenen tu kat En. Suami.. mungkin budak2 mentenen ni macam malas buat kerja diorang sebab kontrak dah nak habis.. kepala hotak!! mana polisi plak kalau kontrak dah nak habis ko tak payah buat kerja..

Sampai hari ni waktu ni aku post ni. x de maknanya diorg datang balik uk cat, or betulkan jamban aku yang tersumbat.. or betulkan pintu depan yang dah x boleh nak tutup sampai En. Suami kikis pakai pisau... macam jahanam!

Aku nak gunakan saluran yang betul untuk buat aduan, tapi En. Suami kata nanti ada implikasi.. Hah?!!! tetiba aku dengar ada orang cakap kat aku "TULAH UNDI BN LAGI.."

Lagi sekali... HAH?!!!!!

AKU DAH NAK TUKAR HIJAU DAH WEIII!!!


Comments

Popular Posts