SUKAHATIAKULAHNAKMEROYAN!

Baik lah..saya pasrah jadi isteri orang penting… (bunyi cam laki aku tu kerja best je kan?!! ) Ni kan nak habis 2013..aku of coz lah lah nak melunaskan azam 2013 aku … Sekali En. Suami kena kerja plak.. macam mana ni…aku dah bengang satu hari ni sebab En. Suami baru update aku pagi tadi.. Mood pon x berapa ok jadinya…
Korang nak tau En Suami kerja apa…Alah dia kerja biasa-biasa ajer…  Tapi yang buat aku marah tu bila dia kena kerja hari SABTU & AHAD.. Weekend! Adoi..bengang aku.. Ye lah..kami kan weekend kapel.. Weekend jelah yang aku ada nak mengada2 dengan En. Suami. Sejak kami dok jauh ni.. aku rasa dah banyak kali yang kitorg x jumap lebih dari sebulan. Kadang2 aku tetiba rasa cam En. Suami ni stranger dalam rumah bila dia balik.  Dah tu rasa pelik.. Terus x jadi nak ngada2.. (hehehe..) Rugi kan? Kan? Kan? Menyirap betul aku!
Lagi buat aku menyirap bila ada plan yang kena KENSEL .. aku ulang KENSEL sbb En Suami kena kerja.. Kalau TANGGUH aku boleh consider.. ni KENSEL.. adoiiii! Rasa nk buat amukan puaka!!!
Aku tau lah kerja di hujung minggu tu dah tanggung jawab..tapi org atasan yang bagi kerja tu boleh dak kalau jgn bagi last minit… yang En. Suami ku ni pon jgn baik hati sgt boleh dak.. Selalu beralah dgn org lain yg kena kerja sama dgn dia weekend.. Org2 tu semua pandai bagi alas an nak cuti weekend..sudahnya En Suami lah yang kena kerja..  I CURSE ALL OF THEM yg buat En Suami kerja di hujung minggu and x dapat balik kl jumpa aku & Alif…
Kenapa aku x balik je Segamat jumpa En. Suami? Dah kalau balik pon x jumpa buat apa balik? Dah tentu kerja .. Hah!!!. Make my blood go upstairs!
Ermm.. korang nak tau apa azam aku yg nak dulunaskan tu eh?!! Nak g hanimoon!!!! Mengada? Apsal lak mengada? Ok lah tu azam nak hanimoon dengan laki sndiri.. Alif nak kawan kan…. Salah ker?!!

Ok..bayak sgt dah melalut.. Tensi !! 

Comments

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!