12 HARI LAGI!

Allahu-akbar! Tinggal 12 hari lagi.. Banyak lagi yang bagi setel. aku rasa aku macam mak pengantin pulak. Padahal anak aku nak berendoi dan cukur jambul jer. Heheeee.. Terover excited plak!

Aku rasa masa aku nak tawen dulu, aku cool je.. Semua benda pon mak aku yang buatkan.. yelah, buat apa nak sibuk2 kalau dah ada orang buatkan kan?!! Ni si Anol ni ada je yang tak setel2 lagi. Aku pulak yang risau. Bila kita tanya dia asik cakap tak de mood nk buat, bila dah tinggal tak berapa hari lagi ni baru dia gerak laju sikit...Haih

Skang ni aku jadi PA x bertauliah untuk Anol lah. So agenda hari ni ialah pergi ke Klang untuk amik bunga yang nak dilekat kan pada dulang hantaran. Humang ai!!!!... nak ke Klang pada hari Isnin lepas balik keje.. Perghhh.!!!!. Mau bercinta di dalam kereta ni nanti... Aiyak!

Apapun, x sabar nak tengok gubahan hantaran tu nanti. Aku dengan mak memang dah sepakat amik tempahan hantaran untuk area Segamat, Batu Anam, Bukit Siput , Labis dan yang kawasan yang hampir2 di situ.. So nanti bila siap hantaran ni boleh lah jadi sebahagian dari koleksi kitorang.. Owh, mak dah ada geng baru buat hantaran.. Cik Nor..mak cik depan rumah aku.. Aku rasa sakng ni mesti mak denagn Cik Nor tengah sibuk decor pelamin kat rumah tu... Hehehehehee...

Ok lah korang, yang baca blog aku ni, nanti jemputlah datang kenduri adik aku tu yer.. Sekali dengan kenduri anak aku.. Nanti aku letak kad uk korang eh.. Chow!


Comments

Popular Posts