Betek!!

Hari ni mood tak berapa nak bagus sebab aku dah KECIK HATI.. Kalau yang sakitkan hati aku orang kat ofis aku tak kesah sangat tapi hati ni DISAKITI oleh orang yang aku sayangi. Bukan semua lah tapi 2 -3 orang yang buat aku sakit hati..

Sumpah aku memang dah hilang mood nak ngadap kerja aku. Ditambah lagi dengan perut aku yang tak berapa nak selesa, mata yang berat dan HATI YANG SAKIT.

Pasal apa aku sakit hati? Sebab dia tak percaya dengan kebolehan aku. Bukan sehari dua dengan aku sampai tak percaya apa yang aku cakap. Takpercaya tu satu hal lah.. Yang lagi angin bila dia lekeh2 kan aku dengan kata-kata dia. Walaupun dia bercakap tu ayat yang biasa tapi lirikan mata dan senyuman dia tu buat aku betul2 terasa.. Betek tau!!

Walaupun dia tua lagi dari aku tak semestinya semua benda dia tau kan? tak semua benda dia dah expert kan. Tak boleh blah cara dia cakap dengan aku. Kalau dia dh pro tu lain lah cerita... Ni lebih kurang aku jugak. Bagi pendapat tak nak dengar. Berlagak pandai! *Bengang tahap nak tarik2 rambut*

Sepatutnya hari ni aku berhappy2 jer dengan diorang2 kat ofis ni, tapi sebab dia, mood aku hilang... Phuii!!!!

Ok,..lebih baik aku berenti sebelum luahan hati aku jadi makian.. Masuk neraka aku nanti!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!