Posts

Showing posts from June, 2011
Image
Setelah nak dekat setahun lebih membuat plan REUNION FCB, akhirnya terlaksana jugak reunion tu pada 11.06.2011 - 12.06.2011 lepas.. Itu pun setelah bergolok bergadai En. Iki menjayakannya.. Tak lupa juga 3 orang assistantnya... (hehehe salah sore tu ambo la..heheh)...

Venue nya kat SHAH's BEACH RESORT, TG KELING MELAKA. Tempat tu boleh tahan, bilik pon ok, cuma aku tak berapa nak berkenan dengan makanan lah. Kitorang ada request bbq. Ingatkan ada bakar-bakar lah kat tepi pool, rupanya diorang dah siap bakar. Tak syok! Pastu tak berapa nak masuk dalam perut aku.. Tapi orang lain aku tengok belasah jer.. Maklumlah, makan kambing bakar.. Memang tak lah aku makan.. Tapi tak kesah lah sebab yang pasti dan yang paling best aku dapat borak panjang dengan member yang lama dah tak jumpa.

Ok lah jom kita tengok gambar kami bersuka ria di sana..

Ini lah dia Tok Ketua reunion ni.. bersama family dan adik ipar dia yang jadi jelingan Ustaz Shai.. hehehehe
Apa jelah yang diorang borak sbb lama dah…

YES, ESOK JUMAAT DAH!!!

Jumaat
Lambat betul pukul 5.30..Nak balik kampung ni..Memula En. Suami kata LALU JE Segamat tu.. Tapi sebab adik tumpang balik, maka dapatlah balik Segamat ..yea..yea..yea....

***************
Gila adik ni bawak keta..!!! Terlambung-lambung aku kat seat belakang.. Ingat lumba keta ker... Haish!!!Alhamdulillah..selamat sampai akhirnya..... Mak Indot dah sampai!!!

***************
Sabtu
Bestnya bila bukak mata dari tidur dan lihat aku berada dalam bilik aku DULU kat rumah mak.. Best sangat... Bunyi burung yang suka langgar tingkap bilik tu buat aku rasa best sangat... Pastu dah dengar radio lama mak tu bunyi kuat sangat kat dapor.. Masa bangun tu tengok mak tengah buat sarapan tambahan untuk anak dia yang balik nih.. hehehheeee.. Yelah selalu buat sarapan untuk 2 orang je....

Lepas sarapan pergi cari hadiah and pergi cari vacuum cleaner untuk mak.. Yang lama punya tu dah tak boleh guna jatuh dalam air banjir.... Kasian!!!

Petang tu, aku selongkar bakul kain ela mak yang penuh tu.. Manalah tau…