Kisah dan Lagu

P/s : Ini ialah siaran tertunda yer.. sebab mak datang masa tengah feeling update blog...  :)

Melayan blues di pagi hari adalah sesuatu yang agak menarik untuk di lakukan. Oppss.. jangan salah faham yer, ke'blues'an  aku pepagi ni bukan sebab En. Suami tiada yer, tapi kerana teringat kisah-kisah dahulu.. Dari zaman aku kenal rasa CINTA sampailah aku jumpa CHENTA hatiku, which is JACOB... hehehehe..

Aku tengah Google nak cari lirik lagu, then terjumpa "lagu-lagu" aku dulu.. Maksudnya lagu-lagu yang orang pernah bagi kat aku lah. Ye lah kan, dulu masa zaman aku sekolah, budak2 lelaki ni suka bagi surat cinta lagi. Masa tu aku rasa tak dak lagi lah guna-guna email ni semua. Makanya dalam surat tu yang sarat dengan kata-kata cinta dan dan bedak wangi..(hehehe) mesti diorang akan bagi satu lagu .. Kiranya meluahkan perasaan dengan lagu jugak ah...

Aku pernah dapat lagu "TO BE WITH YOU" , "PLEASE FORGIVE ME", "SWEET CHILD OF MINE", "KAU SATU-SATUNYA", "DISANA MENANTI DI SINI MENUNGGU", "AMELIA", dan lain-lain lagi... Sampai mak pon dah tak tahu nak buat apa dengan aku. hehheheee.. Oleh kerana lagu-lagu itu jugak lah bila aku dah masuk asrama dan jugak dah masuk U, setiap kali aku balik bercuti mak akan cek beg sekolah aku..Takot ada surat2 bedak wangi.. Hahahahahaaaaa...

Tapi nak ditekankan di sini aku bukanlah budak geng GEDIK kat sekolah dulu.. dan juga bukan lah tergolong dalam golongan orang2 femes kat sekolah.. Aku biasa jer.. Mungkin sebab aku seorang PENGGANAS.. eh salah.. PENGAWAS dulu maka aku dikenali.. yelah, keje jaga bangunan bila waktu rehat.. satu sekolah aku round nak cek pengawas2 lain bertugas atau tak... Aku pon bukanlah cantik, cun or lawa, cuma dikurniakan CUTE je.. *wink* (malu plaks...) Itu juga mungkin penyebab aku dikenali..cewahhh!!

oWH.. dan fyi, aku dah jumpa budak2 lelaki yang abagi aku lagu ni lepas masing2 dah ada kehidupan sendiri.. ada seorang je lagi yang aku x jumpa2.. Diorang semua ni aku jumpa secara tak sengaja. Ada seorang yang aku selalu jumpa bila balik kampung.. tapi sejak2 aku kawen, dia tak pernah nak pandang or bersapa... :(.. apalah salahnya bertegur sapa kan.. satu kampung.. mak kitorang pon kawan apa.. cehh!!! Lagipon dia pon dah kawen dan ada anak sorang... haih.. x paham lah dengan orang2 ini..

Tapi kan, apapun, aku cuma nak share lagu ni dengan korang.. lagu ni aku rasa paling lawak perbah aku dengar.. jom layan... Enjoy!!


http://www.youtube.com/watch?v=lKo9ecaP2To

Comments

Popular Posts