3 series..

Alhamdulillah.. aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan menghela nafas di bumi Allah ini sampai hari ni. Kiranya aku berjaya menjejakkan kaki aku ke dekad yang seterusnya... Alhamdulillah ... Aku bersyukur...
22.02.2011 - Genap umur aku 31 tahun.. Sekejap je rasanya masa tu berlalu. Aku rasa macam baru je hari tu aku masuk sekolah... Hehehehee...

Dalam usia ini, aku tengok sekeliling aku. Apa yang aku dah buat dengan hidup aku? Apa yang aku dah dapat? Apa yang akan aku buat untuk seterusnya? Semua tu berpusing-pusing dalam kepala otak aku. Well, apa yang aku dah buat dan dah dapat tu tak yah lah nak di share kan... Tapi hari tu aku betul-betul bukak minda dan jiwa berfikir tentang hidup aku..

Jadi nak menyesal dengan apa yang kita dah buat pon tak guna kan. Aku kutip balik semua benda yang elok untuk aku gunakan sebagai petunjuk jalan aku seterusnya. Dan yang tak elok tu aku jadikan  ingatan supaya aku tak buat kesilapan yang sama.

Dan sekarang masanya susun strategi untuk tentukan keadaan aku sedekad lagi..InsyaAllah. kalau masih ada lagi helaan nafasku.

P/s : Entry ala sedih2 sebab x pat celebrate ngan En. Suami... isk..isk..isk...:( .. Dia outstaion.. next month baru balik...



Comments

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!