Mamat suka marah...

Pelik tengok orang yang asik nak marah jer.. Best sangat ker? Ntah pape lah... Kat ofis aku ni ada sorang yang memang akan marah orang dulu baru dia boleh bernafas... Gila isim!!

Mamat kat ofis aku ni, memang x de keje lain selain bergayut kat telefon, isap rokok, pegi toilet, marah orang , maki-maki orang dan tulis cek... Hari-hari dia akan datang, dengan bau yang boleh buat orang pengsan, bukak pintu bilik dia then turun minum kat Restoran Shahida.. Pastu gi isap rokok, masuk ofis start lah penggayutan dia.. Munkin masa isap rokok tu dia akan pikir sapa mangsa marah dia untuk hari tu..

Kalau dia dah anagkat fon, 2 minit lepas tu akan dengar lah suara dia marah orang...Pagi-pagi terpekik terlolong cam anjing... Mengganggu orang lain nak buat kerja...Kalau marah tu hal-hal yang berkaitan ofis, boleh consider lah...Still tak perlulah sampai maki orang...kan... Tapi kebanyakannya hal personal dia.. Macam bagus sangat..!!!

Aku dah 4 kali terima call dari orang yang kena marah dengan dia.. (org yg berlainan lah..) . Specially orang bank lah.. mamat ni FM.. (keje dia tulis cek jer... bodoh!!) so, dia banyak berurusan dengan orang bank ah.. Orang bank ni nak buat aduan dengan Big Boss aku.. Selalunya BB tak de yang kena hadap aku lah kan... Setan lah dia...!! Memalukan company...

Aku kalau boleh malas ah nak campur tangan.. Tapi bila ada aduan camni, camne kan.. so aku pon bagitau lah.. Tapi kat bos kecik  jelah.. Sebab bos kecik ni pernah tegur dia sebab biadap sangat bahasa yang dia gunakan ... Hehehheee.. lepas tu nanti bos kecik lah bgtau BB.. Selamat sket aku... Dia bukan x pernah kena tegur dengan BB, tapi dia tu peliklah... dia boleh melawan dengan BB.. aku tak tau lah kenapa BB simpan lagi dia kat sini....

Mamat ni cakap je besar.. cakap lawa!!! Padahal penakut... Semua orang yang dia marah tu dalam telefon ye korang... Tak berdepan boleh lah.. Staff kat sini pon adalah jugak pernah kena marah dengand ia.. tapi bila kita marah balik, dia terus senyap...takot.. yang selalu kena marah ni biasanya kalau dia tengok orang-orang yang cam tak kan melawan cakap dia lah... Tapi orang kat sini semua dah tau dah perangai dia... jadinya semuanya buat tak layan kalau gila dia datang or kalau kena marah, marah kan je balik dia...

Dulu pernah jadi, sorang budak despatch baru, hari-hari dia marah budak tu, apa salah pon x tau.. Tapi mesti kena marah.. Sekali budak tu betul-betul x sabar dah hentak meja dia dan cakap.. "Aku hentak benda ni kat kepala ko kang.. nak marah jer... cakap elok2 tak boleh?"  Hah! Amik ko! Terus dia senyap and tak berani angkat muka langsung....

Tu kes pertama, dengan sorang staff pompuan ni dia marah atas sebab perkara remeh yang tak patot kena marah pon,.. Akak ni menjawab, dia marah lagi kuat, dia kata akak ni bodoh, mangkuk and etc lah.. Sekali akak tu bangun, tengking dia balik and panggil dia mangkuk, dia terus diam.. dan tunduk juga.. Sejak dari hari itu dia tak berani pandang kakak tu pon...

Skang, both kakak & budak despatch tu x de dh kat sini lagi.. Skang ni ada sorang lawyer baru, dan dia lah jadi mangsa marah si mamat ni.. Suka hati dia je nak marah lawyer.. dia ingat dia FM dia baguslah sangat... Lawyer baru ni bila kena marah dia sengih jer.. Dia kata kalau layan gila mamat ni nanti kita pon boleh jadi gila.... Betul gak kan.. Lawyer baru ni kata kalau dia marah tu melampau sangat, baru dia bagi sebijik.. skang ni abaikan je ORANG GILA yang macam tu..... I loike!!!!!

Tapi kesian lah mamat pemarah ni kerana setiap pagi orang yang dia marah tu mesti dah sumpah seranah dia.. Nasib...!!

Comments

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!