ANOL 50 SEN

Citer aku ni bukanlah sambungan cerita AISYAH 50 Sen yang pernah disiarkan di Astro sedikit masa dahulu...Bukan juga sequel atau apa2 saja... Malahan x de langsung kene mengena dengan cerita itu... Cerita ni watak utamanya hanyalah insan biasa tapi saya kagum kerana dia benar2 menjiwai wataknya.... :)

Cerita ni bermula bila aku bagitau Anol nak basuh keta. Tapi x sure kat ne nak gi basuh sebab masa tu dah pukul 10.45pm. Ingat nak kuar awal sikit, tapi dah Adi datang ke rumah untuk makan nasi, kitorang tunggu lah dia sampai dulu. lepas Adi dah kenyang dan mengepow minyak wangi aku yang murah itu...(huhuhuhu) kitorang pon kuar lah.. Anol suggest satu tempat ni, x lah jauh..tapi yang buat aku pikir 2 kali kenapa dia pilih tempat tu adalah bila dia sebut tempat tu jer dia senyum... Patutlah, sebab sblah car wash yang kitorang nk g tu ada Restoran Crystal Seafood.... Tempat feveret dia.... Bukan sebab makanannya yang sedap tapi sebab sorang mamat kat situ...adoiyai.....

So, bila kitorang sampai, x de kereta kat situ, so aku pon masuk je lah kat tempat carwash tu..aku cakap aku x nak lepak kat restoren tu tapi dia insist jugak... Dek kerana kegedikan dia malam tu yang terpengaruh dengan watak Azira dalm cerita Sumpah Bunian...aku ikutkan lah jugak.... Lepas dah order, aku main game kat hp Anol, tapi Anol main MATA dengan mamat tu...Mintak sudulah, tanya kenapa susun meja, itulah inilah...Hai....hehehehehehe

Masa nak balik tu aku soh Anol gi bayar kat cashier sbb mamat tu jaga, pastu Anol panggil jugak dia dtg kat meja dengan bil, dan mamat tu datang...Bil kami ialah RM9.55. Anol mintak discount, mamat tu bagi 0.05 sen jer...hampeh kan?!!! Tapi Anol tetap suka sebab ada duit pulang, adalah can dia nk borak lagi dengan mamat tu.. Baki 50 sen tu dia pegang sambil dicium... Dan sepanjang perjalanan balik dia asik nyanyi lagu 50 sen tu...Ya Allah.... siap dengan gaya sekali... sampai rumah pon sama... cakap pon, terbawak2...hei..rusak adik ku.. (disinilah bakatnya terserlah......hahahahahahaaaaaaa) aku rasa Anol boleh jadi penyanyi dan pelakon...heheheheheeeee... But she is talented!!!!

Penceritaan ini adalah kerana adik aku ni adalah seorang yang pemalu sebelum ni... Malm semalam x sangka dia betul2 ushar mamat tu...heheheheeee..Pasti Adi telah turunkan ilmu nya pada Anol..kah..kah..kah...
Whateverlah..janji korang bahagia...


Comments

  1. 1. minyak wangi murah pun kecoohhh..
    2. Anol? dulu pemalu?? haha memang tak laa!!
    3. aku turun ilmu sikit je. dia yg terlebih advance sendiri. harap maklum.

    ReplyDelete
  2. eh, adik...mestilah kecohh....sbb ko x bg pon 12 hengget kat aku...(reminder lah ni...:))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!