TRAGEDI RAMADHAN

29.08.2009 - Satu lagi tarikh yang tak best untuk aku... Kalau nak,aku juga boleh kata hari malang buat aku..Kalau ingat2 balik memang ngeri... Tapi aku bersyukur sebab aku selamat. Begitu jugak husband aku. Alhamdulilah... Cuba tengok jelah gambar ni.... Cukup menceritakan segala-galanya..
 
erk....
 

Cukuplah 2 pic.... aku x sanggup nak tengok n letak yang lain sebab x sanggup nak mengenangkan peristiwa itu. Semua sekelip mata. In a blink!.. Yang aku ingat objek terakhir yang aku tengok pokok pisang.

Aku gerak balik Segamat Jumaat 28.08.2009 pukul 11mlm dr rumah. Aku rasa kalau balik esok sangat rugi sebab masa nk bersama keluarga tu jadi kurang. Yelah kan nak balik kampung bukan jenguk mak aku jer.. mak mertua pon sama nak kena jenguk... Jadi kalau gerak Sabtu pagi tak puas rasanya nk kelon-kelon dengan mak aku n mak mertua aku..

Malam tu lepas amik Oja singgah rumah mak Sa'diah kat PJ and kurang lebey pukul 12 kitorg gerak lah balik ke Segamat. Sepanjang perjalanan tu aku x rasa ngantuk sebab bergosip dengan Oja. Walaupun Oja banyak kali sangap dah tapi dia tetap layan aku borak. Sampai Melaka, aku drive sebab Yang dah tak tahan sangat mengantuk... Kira ok lah sebab Oja ada teman aku sepanjang jalan tu...

Lepas dah turunkan Oja kat rumah dia di Jementah, aku teruskan perjalanan dengan gembira..sebab dah tak jauh nak sampai Kampung Jawa. Masa tu Yang bangun sekejap dan bukak kan Cashew Nut masin untuk kami makan...Kelajuan aku hanyalah 70 - 80 km/j. Memula bawak laju jugak, tapi lepas ada satu Unser follow dan mencucuk dari belakang, aku pelan kan keta sebab nak soh dia potong. padahal bukan x leh potong pon masa tu, jalan sangat clear..Bodoh punya Unser....

Bila Unser dah potong, dia bedesup dan hilang, kiranya tinggal keta aku jelah... Bila lalu satu tempat iaitu tempat kat mana sedara aku penah kemalangan dulu, aku terpikir camne dia boleh eksiden sebab jalan lepas dari selekoh nak ke UITM tu dah banyak jalan lurus. Tempat sedara aku eksiden tu pon jalan lurus jugak.. Mungkin sebab dia bawak laju lah kot... Pikiran aku terus bermain dengan persoalan eksiden tu, nasib baik aku sedar diri lah kan masa tu dan slow kan kelajuan keta....

Lepas masuk kawasan Lubok Batu tu lebih kurang dalan kul 3pagi, aku nampak, tiang letrik, pokok pisang dan........................
Aku sedar bila Yang panggil nama aku. Aku rasa pedih kat muka sebab kena airbag, nampak asap dan enjin keta mengaum.... Aku panik sebab aku ingat asap yang aku nampak tu adalah sebab keta terbakar...
Masa tu Tuhan je yang tau apa aku rasa. Rupanya asap tu sebab tayar sebelah kanan pecah/meletup dan rim dia bergeser dengan jalan. Pintu pulak tak boleh bukak.. Nasib baik pintu sebelah Yang boleh bukak.

Lutut aku menggeletar bila keluar dari keta. Aku cuma capai handbag aku dan kunci keta dan keluar. Masa aku keluar dari keta tu ada sorang pakcik dan sorang budak lelaki berlari datang ke arah kitorang. Pakcik tu muka dia pucat jugak sebab ingatkan keta terbakar. Dia kata dia dengar bunyi letupan yang kuat. Dan takut ada yang terperangkap dalam keta.

Lepas 5 minit berdiri kat tepi keta tu, aku pusing tengok keta.. Ngeri... Tapi aku sangat bersyukur sebab aku cuma lebam kat tangan dan lutut je.. Yang pon ok cuma skrin henpon kesayangan dia retak jer..... Masa tu perasan aku ialah :-

 1) Bersyukur - sebab kami tak de pape dan Oja x de kat seat belakang.. Juga sebab Totok x balik ngan kitorang

2) Ngeri - sebab masa Yang kejutkan aku tu keta berpusing dan terhentak sebelum berhenti "beraksi".
3) Takut - sebab keta tu adalah "bini" Yang.. Mesti dia marah aku sebab cuai bawak keta dan mengakibatkan bini nya cedera parah .....
4) Serabut dan semak - sebab banyak perkara yang akan dilakukan lepas ni...
5) Sakit sebab tangan aku lebam... heheheheeeeee...

Melihat pada apa yang berlaku, orang-orang yang berhenti kat situ membuat kesimpulan, keta aku tu terbabas ke kanan dan berpusing dua kali setelah menghentam tebing. Tapi semua orang pelik camne keta tu boleh berpusing langgar tebing, siap terhakis tanah, berpusing 2 kali lagi plak tu... Aku pon x de explanation untuk tu.. Orang-orang yang mampir menyaksikan keta tu semua interview aku.. Jawapan aku adalah " Uwek....' heheheheee sampai termuntah aku.......

Lepas 5 minit kejadian dan kami dah ok sikit, baru aku soh Yang tipon bapak.Bukan apa takut mak terkejut kalau  tetiba je tipon... mak tipon aku lepas tu dan aku berjaya cakap dengan tenang... Takut mak pon gelabah nanti.. Mak aku kan lemah jantung...

Yang sangat pelik berlaku pagi itu adalah tetiba je ada towing punya orang dah sampai...Hampeh diorang ni.. Lepas tu ngekor je mana Yang pegi. Bila Yang malas layan dia, dia datang kat aku... dah lah aku serabut lepas eksiden, termuntah, sibuk tanya macam2 kat aku....nasib baik isteri pakcik yang mula2 dtg tu cakap kat apek tu, soh dia runding dengan Yang....terima kasih makcik....... apa ntah lah nama dia... Heheheeeee.. makcik tu kata dia tengah tengok citer Hindustan masa kejadian eksiden tu... nasib baik dah nak habis citer hindustan tu...klakar makcik tu.....!!!! huhuhuhuhuuuuuu

Well, yang pasti, hari tu aku tetap dapat pergi iftar high skul, dapat jumpa kengkawan lama, dapat sakit, dapat kawan baru (makcik hindustan tu) dapat injection..(sakit siut!!!!!!!!) dan dapat pengajaran..... Cuma satu yang aku nak tegaskan...AKU TAK MENGANTUK MASA TUH.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ermmm....pasni cam x boleh balik memalam lagi jer... cam x berani nak pegang stereng pon ada.....
Yang paling penting, Alhamdulilah, aku masih bernafas sampai saat aku tulis ni, dan kami x de pape...
Semoga kami sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah selalu...AMIN.

Comments

  1. salam.
    emi, sori sgt. hr tu aku x sempat nak berbual sgt ngn kau. bz ke sana ke mari. huhu..

    I'm so sorry to hear that. tapi, Alhamdulillah kau ngn husband xde pape. benda2 mcm ni, luar jangka. xleh nak elak. kdg kita dh hati2 pun still jadi juga kan?

    hmm, mudah2an kita sama2 beringat utk ms akan dtg ek? aku pun cuak da ni nak balik kg malam2..

    ReplyDelete
  2. thanks aja...
    tulah kan, x sempat nk borak...spttnya kita jumpa lg ahad tuh...tp x pelah..nti kita jumpa lg..btllha..kena sentiasa berhati2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2017

TANCUM

MENCIK MERECIK!